Sebelum ini saya pernah meluahkan pendapat peribadi bahawa iPhone 6 sudah tidak relevan untuk pasaran 2018.
Adakah anda tahu bahawa iPhone 6 sudah mencapai usia hampir 4 tahun?
Dari segi kepantasan cip pemprosesan antara iPhone 6 dengan iPhone 6S adalah 70% lebih berkuasa. Manakala bagi GPU bagi kedua-dua model ini adalah 90% lebih baik.
Sebab itulah saya menasihatkan anda supaya membeli sekurang-kurangnya iPhone 6S. Ini kerana iPhone 6 hanyalah setaraf dengan iPhone 5S sahaja.
Ini dibuktikan dengan prestasi bagi CPU bagi iPhone 6 vs iPhone 5S hanyalah 25%. Manakala GPU adalah 50%.
Bagi iOS 9 hingga iOS 12, Apple memfokuskan kepada fungsi 3D Touch. Oleh itu, model terawal yang memperoleh fungsi ini adalah iPhone 6S.
Kenapa anda masih mahu membeli iPhone 6 yang terang-terang sudah uzur.?
Memang tidak dinafikan Apple Authorised Reseller (AAR) masih menjual model ini. Namun, di laman rasmi jualan Apple ia sudah ditamatkan.
Mengapa?
Anda harus cakna berhubung pembelian iPhone agar ia tidak merugikan diri anda. Saya akui iPhone 6 (NEW SET) hanya dijual serendah RM1,200 di AAR.
Namun, adakah anda sedar iPhone tersebut sepatutnya sudah tidak relevan lagi. Kenyataan ini dibuat oleh saya 100% tanpa memetik sebarang kenyataan dari Apple.
Ini bertujuan bagi memastikan anda tidak rugi membeli iPhone. Namun, jika anda tetap mahu membelinya, saya tidak mempunyai sebarang masalah.
Cuma, jangan mengharapkan iPhone anda berada seiring dengan iPhone 6S, iPhone 7 dan model terkini.
SEKADAR PANDANGAN