in

Ceritera: Jual Beli Telefon Pintar Episod Pertama

Tahun lepas saya telah berkunjung ke Plaza Alam Central, Shah Alam untuk meninjau harga pasaran bagi Samsung Galaxy Note 8.

Saya bersama rakan telah ke ruangan jualan peranti elektronik. Sejujurnya saya kurang selesa dengan cara layanan pekerja yang menekan pengguna untuk ke kedai mereka.

Suasana ini pernah belaku di Plaza Low Yat serta beberapa kedai di Beijing China.

Setelah ditekan oleh seorang Jurujual, saya terus ke kedainya untuk bertanyakan tentang harga pasaran bagi Galaxy Note 8 terpakai.

Jurujual tersebut telah menunjukkan Galaxy Note 8 dan menunjukkan kepada saya. Kondisi telefon tersebut agak baik dan saya terus bertanyakan harga bagi model tersebut.

Dia dengan rasa bersemangat terus menekan kalkulator dan alangkah terkejut apabila melihat harga ditawarkan adalah RM2,650.00.

Lagi artikel di ifon.my  Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $1 Trilion

Saya terus memaklumkan bahawa harga tersebut tidak masuk akal dan beliau memaklumkan bahawa ia merupakan set pameran(demo) dan bukan set terpakai

Saya tanpa ragu-ragu memaklumkan kepadanya bahawa harga bagi set baharu hanyalah sekitar RM2,300 seperti yang saya lihat di beberapa kedai

Beliau mula rasa kurang selesa dan mengakui bahawa harga Galaxy Note 8 baharu sekitar harga yang saya nyatakan.

Kemudian beliau terus menekan kalkulator dan menurunkan harga dari RM2,650 kepada RM1,900.00.

Saya terus menolak dengan baik dan terus ke kedai yang lain. Malangnya modus operandi kedai lain hampir sama dengan memaklumkan ia set pameran dan bukan terpakai.

Hakikatnya Plaza Alam Central telah memberi seribu satu keinsafan kepada saya kerana disinilah saya telah ditipu oleh Pekedai dengan menjual telefon Blackberry Set Refurbished namun kedai tersebut mengatakan ia set baharu.

Lagi artikel di ifon.my  Berhati-hati Semasa Membeli iPhone Serta Aksesori

Kes ini berlaku sekitar tahun 2008/2009 yang mana pada ketika itu Blackberry sangat popular dalam kalangan anak muda.

Saya bersyukur kerana mengetahui ia set refurbished beberapa jam selepas membelinya. Pada keesokkan hari saya terus ke kedai terbabit untuk menuntut kembali wang

Seperti dijangka, bukan mudah untuk mereka memulangkan kembali wang. Namun saya telah memberi ugutan bahawa isu ini saya akan bawa ke KPDNHEP. Akhirnya dia telah memulangkan kembali wang saya.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ceritera iOS 14

Apple Melancarkan Program Penggantian Skrin iPhone 11