Seperti diketahui Tesla merupakan antara syarikat yang menghasilkan kereta berkuasa elektrik 100% yang di asas oleh Elon Musk.
Individu yang pernah diangkat sebagai Tony Stark sebenar ini telah banyak merubah masa depan Tesla yang dahulunya bergolak dengan masalah kewangan.
Terkini satu sumber telah memetik seramai 46 orang termasuklah individu paling berpengaruh di Tesla iaitu Doug Field yang merupakan Timbalan Presiden Kanan Kejuruteraan.
Tesla dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Apple mempunyai 100 kali ganda wang daripadanya dan sudah tentu Apple mampu membayar mereka lebih tinggi berbanding apa yang mereka dapat di Tesla.
“We wish them well. Tesla is the hard path. We have 100 times less money than Apple, so of course they can afford to pay more. We are in extremely difficult battles against entrenched auto companies that make 100 times more cars than we did last year, so of course this is very hard work.”
Seperti diketahui Apple dalam rangka pembangunan untuk menghasilkan kereta elektrik dalam beberapa tahun sahaja lagi.
Sebelum ini juga Apple telah melantik kembali individu yang sebelum ini bersara dalam Apple untuk menyertai projek gergasi ini.
Dengan perkembangan sebegini kita dalam melihat Apple bakal menjadi pencabar utama bagi Tesla dalam dunia automotif.
Lucid Motors juga dalam persediaan untuk memperkenalkan kereta elektrik mereka yang lebih baik berbanding Tesla.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: CNBC