in

Apple Memperoleh Hasil Sebanyak $84.3B Dan Keuntungan Bersih Mencecah $20B

Hari ini Apple telah membuat pengumuman berhubung prestasi syarikat bagi suku pertama tahun 2019 iaitu bermula pada 30 September 2018 dan berakhir pada 29 Disember 2018 iaitu kalendar keempat dalam tahun 2018.

Berdasarkan laporan yang dikemukakan, Apple telah mencatat hasil pendapatan sebanyak $84.31 billion dan keuntungan bersih sebanyak 19.965 billion.

Screen-Shot-2019-01-29-at-4-34-08-PM

Jualan iPhone masih kekal penyumbang terbesar iaitu sebanyak 60% dari keseluruhan hasil pendapatan. Perkhidmatan pula mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu 13%, iPad 8%, Mac dan lain-lain mencatat peratus yang sama iaitu 9%.

“While it was disappointing to miss our revenue guidance, we manage Apple for the long term, and this quarter’s results demonstrate that the underlying strength of our business runs deep and wide,” said Tim Cook, Apple’s CEO. “Our active installed base of devices reached an all-time high of 1.4 billion in the first quarter, growing in each of our geographic segments. That’s a great testament to the satisfaction and loyalty of our customers, and it’s driving our Services business to new records thanks to our large and fast-growing ecosystem.”

Walaupun hasil pendapatan Apple tidak seperti yang dijangka namun mereka masih memperoleh keuntungan yang tinggi dari aktiviti perniagaan .

Lagi artikel di ifon.my  Kenalan Legasi: Perkongsian Maklumat Peribadi Setelah Meninggal Dunia

iPhone dan perkhidmatan antara penyelamat terbesar Apple. Tidak hairanlah Apple mula meningkatkan jualan iPhone untuk memperoleh lebih banyak hasil dari jualan peranti tersebut.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Google Memperkenalkan Aplikasi Gmail Dengan Rekaan Material

Apple Mempunyai 1.8 Billion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia