in ,

Apple Watch Siri 4 diperkenalkan

Pada Acara Khas Apple pada hari ini, Apple telah memperkenalkan Apple Watch Siri 4 kepada umum secara rasmi, mengemaskini barisan jam tangan pintar mereka. 

Apple_Special_Event_2018_-_i_Phone_9_i_Phone_XS_Announcement_Liv

Apple Watch untuk tahun ini dilengkapi skrin yang 35% dan 32% lebih besar berbanding Siri 3 pada saiz 40mm dan 44mm. Speaker untuk jam tangan ini juga dikemaskini dengan speaker yang lebih baik. Selain itu, digital crown juga dilengkapi dengan haptic feedback.

Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan cip pemprosesan S4 dengan peningkatan prestasi 2 kali berbanding Apple Watch sebelumnya.

Apple_Special_Event_2018_-_i_Phone_9_i_Phone_XS_Announcement_Liv

Apple Watch Siri 4 juga akan dapat mengesan jika anda terjatuh dan secara automatik akan mencadangkan anda untuk membuat panggilan kecemasan untuk membantu anda.

Jam tangan ini juga dapat mengesan degupan jantung anda dengan meletakkan jari anda di digital crown dengan menggunakan kaedah electrocardiogram. Apple Watch Siri 4 merupakan satu-satunya peranti ECG yang ditawarkan kepada pengguna secara atas kaunter.

Lagi artikel di ifon.my  Pra Tempah iPhone Xs Kurang Mendapat Sambutan?
rsz_apple_special_event_2018_-_iphone_9_iphone_xs_announcement

Harga untuk Apple Watch Siri 4 di Malaysia akan kami kemaskini setelah mendapat maklumat lanjut.

iPhone 6S, iPhone 6S Plus Dan iPhone SE Bakal Ditamatkan?

iPhone XS dan XS Max diperkenalkan