in ,

iPhone XS dan XS Max diperkenalkan

Apple hari ini memperkenalkan iPhone XS dan XS Max kepada umum di Acara Khas Apple. Kedua-dua peranti baru ini hadir dengan warna emas, perak dan space-grey dan dengan IP68  water-resistance.

iPhone XS dan iPhone XS Max

iPhone XS mempunyai bentuk yang sama dengan iPhone X namun mempunyai kenaikan spesifikasi dalaman seperti cip pemprosesan A12 Bionic dan juga RAM 4GB berbanding iPhone X dengan RAM 3GB.

iPhone XS Max pula merupakan variasi size baru untuk iPhone tahun ini menggantikan variasi ‘Plus’ seperti peranti iPhone tahun lalu. Peranti ini mempunyai saiz skrin yang lebih besar berbanding iPhone XS iaitu 6.5 inci berbanding 5.8 inci.

Kedua-dua peranti ini mempunyai skrin paparan Super Retina sama seperti iPhone X. Speaker untuk peranti ini juga dikemaskini kepada speaker yang lebih baik. Face ID juga telah dikemaskini dan dikatakan sebagai sangat selamat dari segi sekuriti.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Galaxy S10 Plus Berjaya Menewaskan iPhone XS Max Bagi Ujian Prestasi
Keupayaan kamera iPhone XS dan iPhone XS Max

Kedua peranti ini hadir dengan sokongan dwi-kamera 12MP di bahagian belakang dan sokongan kamera 7MP di bahagian depan. Namun untuk peranti tahun ini, ia dilengkapi dengan sokong Smart HDR di mana pemprosesan foto akan dilakukan dan dibantu oleh perisian dalaman, sama seperti yang dapat dilihat pada Google Pixel 2.

Menariknya kali ini, kedua peranti ini akan menyokong keupayaan dwi-sim. Untuk negara yang menyokong eSIM, peranti ini akan menggunakan teknologi tersebut untuk menyokong dua talian di dalam satu peranti manakala untuk negara yang masih tidak menyokong eSIM seperti Malaysia, SIM card tray peranti ini akan menyokong dua sim serentak.

Apple_Special_Event_2018_-_i_Phone_9_i_Phone_XS_Announcement_Liv

Seperti biasa, Malaysia mungkin akan menerima kemasukan iPhone pada fasa ketiga iaitu pada Oktober. Kami menjangkakan harga jualan untuk peranti ini adalah pada harga RM4857 untuk iPhone Xs dan RM5315 untuk iPhone Xs Max.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Max Gagal Memintas Huawei Pro 20 Dalam Skor DxOMark

Apple Watch Siri 4 diperkenalkan

Apple memperkenalkan iPhone Xr dengan 6 variasi warna