Tag Heuer hari ini telah melancarkan jam pintar generasi kedua mereka Connected Modular 45. Jam pintar ini merupakan jam pintar pertama buatan di Switzerland yang hadir dengan berlian 23.35 karat.
Connected Modular 45
Jam pintar ini dibuat dari titanium, emas putih dan bertatahkan berlian asli. Harga jualan bagi jam pintar ini adalah sekitar RM820,000.00 mengatasi harga jualan Apple Watch Edition yang berharga sekitar RM70,000.00.
Dengan harga yang super premium ini, jam pintar buatan Tag Heuer ini telah dinobatkan antara jam pintar paling mahal di dunia.