in ,

iTworld Bakal Mengadakan Jualan Penghabisan Stok Dengan Harga Bermula RM750 Bagi iPhone SE 16GB

Kurang beberapa jam lagi pihak iTworld bakal mengadakan jualan penghabisan stok di mana anda boleh mendapatkan iPhone SE 16GB (Demo) dengan harga serendah RM750.00.

Promosi ini bermula 22 September 2018 (Sabtu) jam 3.00 petang di iTworld Starling Mall di Petaling Jaya.

Berikut merupakan antara barangan yang terlibat dalam promosi ini.

FB_IMG_1537595245664

FB_IMG_1537595248326
Ihsan: iTworld

Berdasarkan senarai harga di atas beberapa produk telah mengalami penurunan harga termasuklah iPhone SE 16GB dengan harga RM1,000.00 dan iPhone 6S Plus 64GB RM1,400.00.

Walau bagaimanapun, sebelum membelinya anda harus mengetahui terdapat set Demo turut dijual semasa promosi ini.

Set Demo adalah produk yang dipamerkan di kedai mereka yang mana produk tersebut sudah digunakan dan diuji oleh pengunjung yang melawat kedai mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memperkenal Smart Battery Case Untuk iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR

Sebelum membelinya adalah digalakkan untuk anda bertanya dengan wakil penjual bagi mengelakkan salah faham.

Selamat membeli dan membelah.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Telah Mendapat Pengesahan SIRIM

Tag Heuer Melancarkan Jam Pintar Termahal Di Dunia