in ,

Google Dilapor Membayar Sekitar 37 Billion Bagi Penetapan Carian Google Pada Peranti iOS

Umum mengetahui bahawa pelayar web Safari pada peranti iOS hadir dengan penetapan carian Google. Ini bermakna sekiranya anda membuat carian menggunakan Safari secara automatik anda akan menggunakan perkhidmatan Google.

Hakikatnya terdapat beberapa lagi carian web yang paling popular termasuklah Microsoft Bing dan Yahoo.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan pengguna menggunakan carian Google, sebanyak $9 billion (RM37 Billion) perlu dibayar oleh pihak Google kepada Apple.

Laporan ini hakikatnya di petik dari pengalisis Rod Hall melalui Business Insider yang memaklumkan bahawa Google perlu membelanjakan sekitar$9 billion untuk mengekalkan carian Google pada aplikasi Safari. Beliau juga menjangkakan sebanyak $12 Billion (RM49 Billion) akan dibelanjakan oleh Google pada tahun 2019.

Melalui penetapan carian Google pada peranti iOS ia menjadikan Google antara medium carian web paling popular di dunia.

Lagi artikel di ifon.my  Google Mula Melepaskan Google Duplex Di Beberapa Buah Bandar Terpilih

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Acara Khas Apple: iPad Pro Dan MacBook Air?

iPhone XS & iPhone XS Max mempunyai masalah pengecasan