in , ,

Acara Khas Apple: iPad Pro Dan MacBook Air?

Tinggal beberapa hari lagi bulan September bakal menutup tirai. Sepanjang bulan Januari hingga September 2018, pihak Apple telah mengadakan sebanyak tiga (3) acara iaitu Acara Khas Apple (28 Mac 2018), WWDC 2018 ( 5 Jun 2018) dan Acara Khas Apple (13 September 2018).

Jika dilihat dari segi kronologi Apple pernah mengadakan empat kali Acara iaitu pada tahun 2016. Secara kebiasanya Apple sering mengadakan Acara Khas pada bulan Oktober untuk melancarkan iPad dan macBook.

Memandangkan bulan September pihak Apple hanya menumpukan kepada pelancaran iPhone dan Apple Watch. Adakah bulan Oktober ini Apple akan mengadakan Acara Khas khusus untuk iPad dan macBook?

ipad20181-1530707461
Gambar iPad Pro (Ramalan)

Umum mengetahui bahawa Apple sering berahsia berkaitan pelancaran sesuatu produk. Kebiasaanya jemputan akan dibuat paling awal dua minggu sebelum berlangsungnya acara.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 30 Oktober 2018

Walau bagaimanapun, saya berpandangan Apple besar kemungkinan akan melancarkan kedua-dua produk ini sekitar pertengahan atau akhir Oktober ini.

Antara produk yang dijangka diperkenalkan termasuklah iPad Pro yang hadir dengan skrin OLED dan bakal menyokong Face ID buat kali pertama. iPad Pro ini juga besar kemungkinan akan dikuasakan dengan cip pemprosesan A12X Bionic.

colorware
macBook Air (Ramalan)

Selain itu Apple juga berkemungkinan akan melancarkan macBook Air versi terkini setelah sekian lama tidak menerima perubahan besar pada model tersebut.

Belum dapat dipastikan adakah Apple kekal menggunakan nama macBook Air atau sebaliknya. Selain itu saya menjangkakan macBook 12 inci bakal ditamatkan disebabkan oleh prestasi jualan yang amat lemah.

Lagi artikel di ifon.my  Bunyi Asal Iklan iPad Pro Dan Macbook Air

Namun begitu, ini hanyalah andaian saya sahaja memandangkan tiada laporan yang terinci diperoleh dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai.

Hakikatnya saya telah menerima berpuluh soalan dari netizen yang mahukan kepastian adakah Apple bakal melancarkan iPad Pro yang baharu.

Diharap dengan sedikit pandangan dari saya ini dapat membantu pengguna sama ada mahu menunggu atau membeli model yang ada di pasaran sekarang.

Sekiranya Apple tidak mengadakan sebarang acara pada bulan Oktober ini, saya menjangkakan bulan Mac 2019 sebagai tarikh baharu pelancaran produk ini memandangkan Apple tidak pernah mengadakan sebarang acara pada bulan November atau Disember.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Trade-In Telefon Pintar Anda Di Machine Malaysia

Google Dilapor Membayar Sekitar 37 Billion Bagi Penetapan Carian Google Pada Peranti iOS