Apple hari ini melancarkan Macbook Air terbaru dengan pelbagai fungsi baharu. Macbook Air kali ini dilengkapi dengan Retina Display dengan paparan warna yang lebih baik.

Kekunci Macbook Air kali ini menurut Apple mempunyai keyboard dan touchpad yang jauh lebih baik dari Macbook Air sebelumnya menggunakan teknologi generasi ke-3 kekunci Apple.
Ruang bezel di tepi skrin juga telah dikurangkan. Macbook Air baru mempunyai 17% kurang ruang bezel berbanding Macbook Air generasi sebelumnya. Ia untuk memuatkan skrinnya yang berukuran 13.3 inci.


Macbook Air kali ini turut mempunyai dua USB-C ports, dan 3.5mm bicu audio. Turut disertai adalah teknologi Touch ID dikuasakan oleh cip T2.