in

Laman Jualan Apple Ditutup Bagi Memberi Laluan Kepada Produk Terbaharu

Nampaknya Apple mula menutup laman jualan rasmi mereka bagi memberi laluan kepada kemasukan produk baharu.

Setakat ini belum dapat dipastikan apakah produk yang akan dilancarkan pada jam 10.00 malam ini. Walau bagaimanapun, iPad Pro dan Macbook besar kemungkinan akan menjadi produk utama semasa pelancaran malam ini.

Screenshot-20181030-181504

Kemaskini ini dijangka akan melibatkan pertambahan produk terbaharu dan pelarasan harga bagi sesetengah produk.

Adakah iPad Pro terdahulu masih dijual dan diturunkan harga jualan? Semua bakal terjawab pada malam ini.

Oleh itu, bagi peminat iPad dan Macbook rasanya anda boleh menangguhkan seketika pembelian bagi melihat dahulu apakah produk yang akan dilancarkan pada malam ini.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menerbitkan Video Bagi Acara Khas Apple Dalam Tempoh 108 Saat

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

48% Responden Bersetuju Faktor Harga Menyebabkan Mereka Tidak Memilih iPhone Sebagai Telefon Pintar Utama

Macbook Air terbaru dilancarkan dengan Retina Display