in ,

Majoriti Pengulas Teknologi Terkemuka Memilih Samsung Galaxy Note 9 Dan Huawei Mate 20 Pro Telefon Pintar Terbaik Tahun 2018

Setiap kali hujung tahun, sudah tentu ada dikalangan anda ingin mengetahui telefon pintar manakah menjadi pilihan utama bagi Pengulas Teknologi yang terkemuka di saluran YouTube.

Terkini laman saluran YouTube SuperSaf telah menjemput beberapa Pengulas Teknologi untuk memilih telefon pintar paling terbaik untuk tahun 2018.

samsng-note-9-blue-1

Tahun 2018 padat dengan pelbagai jenis model yang dikeluarkan oleh pengular telefon pintar terkemuka termasuklah Apple, Samsung, Huawei, OPPO, Vivo, Sony, BlackBerry dan banyak lagi.

Seramai 11 orang Pengulas Teknologi telah memberikan pandangan masing-masing dan majoriti telah memilih Samsung Galaxy Note 9 Dan Huawei Mate 20 Pro antara telefon pintar paling popular untuk tahun 2018.

HUAWEI-Mate-20-Pro-6-39-Inch-6-GB-128-GB-Smartphone-Aurora-752023

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh kualiti kamera, bateri,rekaan serta prestasi yang membanggakan telah menarik minat Pengulas Teknologi memilih telefon pintar ini.

Lagi artikel di ifon.my  81% Dari 5,057 Responden Mengemaskini iOS 13 Menggunakan Over-The-Air (OTA)

Antara Pengulas Teknologi yang memilih Samsung Galaxy Note 9 termasuklah Pengulas dari saluran SuperSaf, Uptodateksa2 dan Uravgconsumer.

Manakala Pengulas Teknologi yang memilih Huawei Mate 20 Pro pula antaranya termasuklah Pengulas dari saluran Booredatwork, Theunlockr dan Pocketnow.

Berikut senarai model telefon pintar dipilih oleh Pengulas Teknologi yang lain.

maxresdefault-2

Jon Rettinger (Technobuffalo)- iPhone Xs Max

3047041-poster-p-1-confessions-of-a-youtube-star

Justine Ezarik (iJustine)- iPhone Xs

C4-ETech-You-Hackers-Interview-Ash-750x484

Ashwin Ganesh (C4ETECH) – Google Pixel 3 XL

kWopWWQ

Austin Evans (Austinevans)- Oppo Find X

marques-brownlee

Marques Brownlee (MKBHD) – Google Pixel 3 XL

Tuntasnya, telefon pintar Android telah menambat hati Pengulas Teknologi berbanding iOS. Memang tidak dinafikan bahawa iPhone Xs dan iPhone Xs Max hanyalah telefon pintar tangkap muat yang hanya menambah sedikit spesifikasi tapi mengenakan harga tidak masuk akal.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 14.2 Dilancarkan Secara Rasmi.

Namun ini hanyalah pandangan saya sahaja berkenaan iPhone Xs dan iPhone Xs Max. Semua bergantung kepada anda yang menilainya.

Tonton video penuh di saluran YouTube SuperSaf

https://youtu.be/OWBSb8BPqkQ

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Tumblr Akan Membuang Semua Bahan Pornografi Setelah Aplikasi Mereka Telah Dinyah Senarai Dalam App Store

Petua Memilih Kabel Lightning (MFi) Bagi iPhone, iPad Dan iPod