in

Petua Memilih Kabel Lightning (MFi) Bagi iPhone, iPad Dan iPod

Sebut sahaja kabel lightning iPhone sudah tentu ramai merungut disebabkan kualiti yang amat mendukacitakan.

Hal ini disebabkan oleh bahan binaan kabel lightning dibuat dari bahan mesra alam. Oleh sebab itulah kabel iPhone mudah terkoyak lebih-lebih lagi di bahagian hujung pengecasan.

IMG-20181204-WA0005

Oleh kerana kabel pengecasan asli Apple mudah rosak. Anda terpaksa mengeluarkan wang sekitar RM89.00 untuk membeli kabel baharu.

Dengan harga yang semahal ini sedikit sebanyak akan membebankan pengguna iPhone yang terpaksa membeli kabel tersebut.

Oleh itu, bagi mengelakkan anda membeli kabel yang mempunyai daya tahan yang lemah. Terdapat alternatif lain iaitu membeli kabel yang mempunyai pengesahan Made For iPhone, iPod and iPad (MFi).

Screen-Shot-2018-03-10-at-5-38-18-PM-1520721046

MFi merupakan pensijilan yang disahkan oleh Apple sebagai pengeluar atau penjual kabel lightning yang diiktiraf.

Bermakna kabel yang mempunyai status MFi adalah selamat digunakan dan tiada sebarang risiko yang dihadapi oleh pengguna iPhone.

Lagi artikel di ifon.my  Lelaki ini berjaya pasang wireless charging di iPhone 7

Disini saya ingin berkongsi kepada anda kaedah untuk membeli kabel lightening yang benar-benar asli dan mempunyai pengesahan MFi.

Antara perkara paling utama adalah kedai aksesori yang anda kunjungi. Anda digalakkan untuk mengunjungi Pusat Jualan Apple yang sah bagi memastikan aksesori tersebut terjamin keaslianya.

Kedua, anda harus mencari kabel lightning yang mempunyai logo MFi dan kebanyakkan kabel lightning MFi dijual pada harga sekitar RM49.00 hingga RM300.00 bergantung kepada jenama dan model.

Memandangkan saya mempunyai kelapangan pada malam tadi, saya sempat singgah di Harvey Norman untuk melihat kabel lightning yang dijual disana.

IMG-20181204-WA0009

Saya tertarik dengan jenama Fonemax memandangkan harga jualan sangat berpatutan. Bagi memastikan kabel lightning saya beli mempunyai pengesah MFi.

Saya telah melayari laman sesawang https://mfi.apple.com/MFiWeb/getAPS. Berdasarkan semakan jenama fonemax tersenarai dalam pangkalan data MFi.

Lagi artikel di ifon.my  Peningkatan Penggunaan USB Type-C Menafikan Teknologi Sebelumnya

IMG-20181204-WA0010

Namun, berdasarkan semakan secara terperinci didapati nombor siri tidak sepadan dalam pangkalan data.

IMG-20181204-WA0016

Maka disini saya menoktahkan bahawa adalah kurang digalakkan untuk membeli kabel ini.

MVIMG-20181204-160632

Maka saya ke MacStudio untuk memilih kabel lightning dan saya tertarik dengan jenama Tronsmart yang dijual pada harga RM74.00 dengan tempoh jaminan dua tahun.

MVIMG-20181204-160639

Berdasarkan semakan saya melalui pangkalan data Apple model serta nombor siri adalah sepadan dengan apa yang saya pilih.

IMG-20181204-WA0017

Maka saya terus membelinya tanpa prejudis. Konklusinya, anda harus cakna dalam memilih apa jua aksesori.

Walaupun ia nampak leceh dan cerewet. Adalah lebih baik dari iPhone anda berdepan dengan masalah pada kemudia hari.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Majoriti Pengulas Teknologi Terkemuka Memilih Samsung Galaxy Note 9 Dan Huawei Mate 20 Pro Telefon Pintar Terbaik Tahun 2018

iOS 12 Telah Dikemaskini Sebanyak 70% Dari Keseluruhan Peranti Apple