in

Microsoft Menggalakkan Pengguna Windows Phone Menukar Kepada iPhone Atau Android

Umum mengetahui bahawa Microsoft sebelum ini pernah melancarkan sistem operasi khusus untuk peranti pintar. Antara produk yang popular pada ketika itu adalah Microsoft Lumia yang menggunakan Windows 10 Mobile sebagai sistem operasi utama.

4zu3-Microsoft-Lumia-950

Walaupun Windows 10 Mobile boleh dikatakan antara yang terbaik. Sistem operasi ini tidak mampu bersaing dengan iOS dan Android.

Kekurangan terhadap penghasilan aplikasi ketiga menyebabkan permintaan terhadap telefon pintar yang menggunakan Windows 10 Mobile gagal mendapat sambutan.

Sejak Satya Nadella mengambil alih kepimpinan Microsoft, beliau telah membuat beberapa perubahan yang besar pada model perniagaan mereka.

joe-belfiore-microsoft

Antara perubahan yang dibuat termasuklah menghentikan pembangunan Windows 10 Mobile dan Microsoft Lumia. Ini dibuktikan dengan ciapan dari Joe Belfiore di laman Twitter yang menjelaskan bahawa Microsoft menghentikan pembangunan Windows 10 Mobile dan hanya melepaskan kemaskini yang berkaitan isu keselamatan sahaja.

Lagi artikel di ifon.my  Apple, NEXT Dan Microsoft

Terkini, thurrott.com telah mengeluarkan satu kenyataan dari pihak Microsoft yang mengalakkan pengguna Windows Phone untuk beralih kepada iPhone atau Android.

Peralihan ini disebabkan Microsoft bakal menghentikan sebarang bentuk kemaskini pada Windows 10 Mobile bermula 10 Disember 2019. Ini bermakna peranti yang disokong oleh Windows 10 Mobile versi 1703 tidak akan menerima sebarang kemaskini bermula 11 Jun 2019.

Dengan kenyataan ini maka berakhirlah legasi Windows 10 Mobile. Secara peribadi saya amat meminati sistem operasi ini memandangkan ia berlainan dari iOS dan Android.

Antara penyebab utama mengapa saya terpaksa beralih kepada iOS dan Android adalah disebabkan kekurangan aplikasi ketiga.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Geekbench: Samsung Galaxy S10+ Gagal Menewaskan iPhone XS

Secure2u Adalah Madatori Bagi Aplikasi Maybank berkuat kuasa 22 Januari 2019