in

MacBook Air (M4) Dilancarkan Minggu Ini?

Apple dijangka akan melancarkan MacBook Air (M4) seawal minggu ini, lapor Mark Gurman.Jikq bulan lepas Apple telah memperkenalkan iPhone 16e menggantikan iPhone SE. Bulan Mac pula merupakan keramat bagi MacBook Air.

Saya menjangkakan tiada perubahan radikal kepada spesifikasi dan memfokuskan kepada cip pemprosesan M4.M4 merupakan cip dibawah TSMC berteraskan 3nm (N3E) berbanding M3 (N3) dan mempunyai peningkatan transistor sebanyak 12% berbanding cip sebelumnya.

M4 didatangkan dengan 4 teras bagi prestasi dan 6 teras kecekapan serta mendukung memori LPDDR5X.M4 mampu memberikan prestasi sekitar 20% lebih baik bagi teras tunggal dan 30% multi-teras.

MacBook Air (M4) paling signifikan untuk diberi bagi golongan Pelajar mahupun warga pendidik.Walau bagaimanapun, digalakkan untuk semak jadual pengajian masing-masing sama ada macOS sesuai untuk digunakan atau sebaliknya.

Lagi artikel di ifon.my  MacBook Air (M4) : Nipis Tapi Berkuasa

Terdapat bidang pengajian yang mewajibkan penggunaan perisian yang eksklusif untuk Windows.

Walaupun MacBook Air boleh memasang sistem pengendalian Windows. Perlu diingatkan, MacBook Air merupakan produk kejuruteraan ARM dan bukan X86.

MacBook Air antara produk dalam keluarga Mac yang mendapat sambutan menggalakkan.Tidak hairanlah mengapa Apple menaik taraf spesifikasi bagi model ini sebagai daya penarik kepada pembeli.

Saya menjangkakan MacBook Air (M4) dijual sekitar RM4,999 bagi model 13-inci dan RM5,999 untuk 15-inci.Manakala, MacBook Air (M3) dijual pada harga RM4,499.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

A Complete Unknown: Hadiah Buat Peminat Bob Dylan

Mickey 17: Eksplorasi Ke Planet Baharu, Penuh Dramatik