in

iOS 12.2 BETA 1 Dilepaskan Seawal Hari Ini

Dua hari lepas Apple telah melepaskan iOS 12.1.3 kepada pengguna iPhone, iPad dan iPod. Kemaskini ini lebih memfokuskan kepada kestabilan serta perubahan kepada animasi semasa menutup aplikasi.

Walau bagaimanapun, perubahan pada animasi ini hanya berlaku pada iPhone model China rentetan dari saman antara Apple dan Qualcomm.

Hari ini besar kemungkinan Apple bakal melepaskan kemaskini utama (major) mereka iaitu iOS 12.2. Sebelum ini Apple telah melepaskan iOS 12.1 yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan termasuklah 70 emoji baharu, Group Facetime dan sokongan eSIM.

Setakat ini belum dipastikan apakah ciri-ciri baharu yang bakal hadir pada kemaskini iOS 12.2. Namun besar kemungkinan terdapat perubahan atau pertambahan secara radikal memandangkan ini merupakan kemaskini utama (major update).

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.1.1 Public Beta Sedia Untuk Dikemaskini

Setakat ini iOS 12.2 BETA hanya boleh dimuat turun oleh pengguna yang layak sahaja. Besar kemungkinan kemaskini ini ditawarkan seawal hari ini atau esok.

Bagi pengguna Public Beta, besar kemungkinan anda dapat kemaskini iOS 12.2 seawal 48 jam dari pelepasan BETA.

Bagi versi rasmi, saya berpandangan ia mungkin ditawarkan seawal akhir Februari atau awal bulan Mac kelak.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12.1.3 Bakal Dilepaskan Kepada Umum Seawal Hari Ini

Johny Srouji Kekal Di Apple