in

iOS 12.2 BETA 3 Sedia Untuk Dikemaskini

Setelah dua minggu iOS 12.2 BETA 2 dilepaskan kepada pengguna. Hari ini Apple telah melepaskan kemaskini BETA 3 untuk iOS 12.2 kepada pengguna yang layak.

Kemaskini ini adalah kesinambungan daripada kemaskini sebelumnya yang mana ia hadir dengan penambahbaikan pada FaceTime Group serta hadir dengan Animoji baharu.

newanimojicharacters-800x226

Apple juga turut memperkemaskan privasi pada pelayar web Safari serta fungsi terbaharu pada AirPods yang mana anda boleh memanggil SIRI dengan hanya menggunakan suara.

heysiriairpodsfeature

Walau bagaimanapun, fungsi ini berkemungkinan hanya menyokong pada AirPods generasi kedua.

Bagi pengguna Public Beta, seperti biasa anda boleh mengemaskini iOS 12.2 Public Beta sekitar jam 6.00 pagi ini atau 48 jam dari sekarang.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melepaskan Kemaskini iOS 12.0.1 Kepada Pengguna

Bagi versi umum, saya menjangkakan iOS 12.2 dilepaskan secara rasmi sekitar 26 atau 27 Mac 2019 bersempena Acara Khas Apple (sekiranya berlaku).

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPad Mini 5 Hadir Dengan Rekaan Yang Sama Seperti iPad Mini 4

Apple Mengumumkan 10 Orang Pemenang Dalam Pertandingan Menangkap Gambar Menggunakan iPhone