in ,

Ramalan Harga iPhone 12

Beberapa hari lepas saya ada mengeluarkan satu pandangan berhubung jangkaan harga bagi iPhone 12. Untuk makluman semua, sebanyak empat (4) buah iPhone akan dilancarkan pada bulan September atau Oktober tahun ini iaitu:

  • iPhone 12
  • iPhone 12 Max
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max

Namun anda harus mengetahui bahawa terdapat dua segmen iPhone dilancarkan tahun ini termasuklah segmen mercu (flagship) dan separa mercu (semi-flagship). Model bagi segmen mercu antaranya iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, kedua-dua model ini menjanjikan spesifikasi yang terkini serta kualiti bahan binaan yang premium.

Berbeza dengan segmen separa mercu yang menjanjikan spesifikasi terkini dan terdahulu serta bahan binaan yang kurang premium, antaranya model yang terlibat termasuklah iPhone 12 dan iPhone 12 Max.

iphone-12-pro-technizio-concept

Sebelum ini saya pernah mengeluarkan penulisan berhubung jangkaan harga bagi iPhone 12. Namun saya terdetik untuk mengubah pandangan tersebut memandangkan sebelum ini tanda harga asas bagi iPhone 12 saya peroleh daripada  maklumat yang dikongsi oleh Pengulas YouTube terkenal Jon Prosser yang berkongsi di laman Twitter nya. Berikut harga yang dikongsi olehnya:

  • iPhone 12 ($649.00 / RM3,099.00)
  • iPhone 12 Max ($749.00 / RM3,599.00)
  • iPhone 12 Pro ($999.00 / RM4,899.00)
  • iPhone 12 Pro Max ($1,099.00 / RM5,299.00)
Lagi artikel di ifon.my  Pengakhiran Sebuah MacBook

Kelmarin Ming-Chin Kuo telah berkongsi satu maklumat bahawa Apple mungkin tidak menyertakan aksesori earpod atau palam tiga pin dalam iPhone 12 bagi mengekalkan harga yang sama seperti iPhone 11. Hal ini disebabkan iPhone 12 dan iPhone 12 Max bakal hadir dengan skrin OLED dan sokongan 5G.

Bagi memastikan harga yang ditawarkan tidak membebankan Pengguna, Apple mengambil langkah untuk meminimumkan kos dengan mengecualikan earpod atau palan tiga pin di dalamnya. Hal ini sama seperti yang berlaku pada Apple Watch Siri 3 (GPS) dan AirPods.

Disebabkan hal ini, timbul sedikit persoalan berhubung harga iPhone 12 dan iPhone 12 Max, adakah masih relevan dengan maklumat yang saya kongsi sebelum ini?

Hakikatnya, Jon Prosser bukanlah calang-calang dalam berkongsi maklumat berhubung produk Apple. Malah beberapa maklumat termasuklah iPhone SE dan Final Cut Pro (ARM) berjaya dibongkar sebelum pelancaran.

Oleh itu, amatlah relevan maklumat yang disampaikan olehnya. Cuma seperti biasa, saya akan berkongsi maklumat harga iPhone 12 mengikut pandangan saya pula. Berikut harga bagi iPhone 12 berdasarkan perspektif saya:

  • iPhone 12 (RM3,399.00)
  • iPhone 12 Max (RM3,599.00)
  • iPhone 12 Pro (RM4,899.00)
  • iPhone 12 Pro Max (RM5,299.00)
Lagi artikel di ifon.my  iPhone 12 Mini Satu Pengorbanan Bagi Peminat Apple

Jika dilihat pada harga tersebut, terdapat perbezaan pada harga iPhone 12 dan iPhone 12 Max. Jon Prosser meramalkan harga bagi kedua-dua model ini lebih murah berbanding saya. Namun setakat ini semua maklumat masih khabar angin.

Saya akan kemas kini maklumat berhubung iPhone 12 dari semasa ke semasa. Untuk makluman, sudah lama saya tidak berkongsi dalam laman ini, Insya Allah saya akan menghidupkan kembali laman ini untuk perkongsian yang lebih baik.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

59% Atau 10,077 Responden Memilih iPhone 11 Berbanding iPhone XS Untuk Naik Taraf iPhone Baharu

BigPay Memperkenal Produk Terkini Iaitu BigPay x Alipay Medium Pemindahan Wang Ke Negara China