in , , ,

IDC: Pasaran Telefon Pintar Global Turun 4.9%, Samsung Mendahului Dan Apple Kembali Merampas Kedudukan Dari Huawei

Hari ini IDC telah melaporkan sebanyak 375.4 juta unit telefon pintar telah dipasarkan pada suku keempat tahun 2018, turun 4.9% berbanding tahun sebelumnya.

Tahun 2018 merupakan tahun yang suram bagi industri telefon pintar memandangkan pasaran untuk segmen ini turun 4.1% dengan jumlah terkumpul bagi tahun 2018 sebanyak 1.4 billion unit.

IDC-e1548912307815

Samsung kekal di kedudukan kedua bagi syarikat paling banyak memasarkan telefon pintar dengan menguasai pasaran sebanyak 18.7% atau 70.4 juta unit untuk suku keempat tahun 2018, turun 5.5% berbanding tahun 2017.

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh persaingan sengit di pasaran China yang menguasai sebanyak 30% dari keseluruhan pasaran global.

samsung-galaxy-s9

Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9 Plus turut mengalami penurunan dari segi permintaan. Ini disebabkan oleh rekaan dan spesifikasi bagi model ini tidak mengalami perubahan yang drastik.

Ini menyebabkan pengguna Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8 Plus tidak cenderung untuk menaiktaraf telefon pintar tersebut.

Lagi artikel di ifon.my  IDC: Apple Mengukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Peranti Boleh Pakai Bagi Suku Keempat Tahun 2018

Apple pula antara syarikat yang paling terkesan untuk suku keempat tahun 2018 iaitu mencatat 68.4 juta unit atau 18.2% turun 11.2% berbanding tahun sebelumnya.

iphone-xs-max-select-2018-group

Seperti diketahui Apple berdepan dengan pelbagai masalah termasuklah isu saman antara Apple dan Qualcomm yang menyebabkan kerajaan China menghentikan jualan bagi beberapa model iPhone.

Tim Cook juga turut menyalahkan Program Penggantian Bateri antara punca utama pengguna tidak menaik taraf iPhone.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Daring Fireball sebanyak 11 juta unit iPhone telah menyertai program penggantian bateri berbanding 1 hingga 2 juta sebelum program ini berlangsung.

Walau bagaimanapun, Tim Cook turut memaklumkan bahawa mereka mencatat hasil yang memberangsangkan di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

We also expect to set all-time revenue records in several developed countries, including the United States, Canada, Germany, Italy, Spain, the Netherlands and Korea. And, while we saw challenges in some emerging markets, others set records, including Mexico, Poland, Malaysiaand Vietnam.

Semalam Apple baru sahaja mengumumkan prestasi kewangan mereka untuk suku pertama tahun 2019 yang menyaksikan penurunan dari segi hasil pendapatan.

Lagi artikel di ifon.my  Lima Telefon Pintar Paling Popular Sepanjang Zaman

Tim Cook dalam sesi temu ramah itu juga mengakui faktor harga yang tinggi menyebabkan pengguna tidak menaik taraf ke model terkini.

Bagi meningkatkan kembali jualan serta permintaan iPhone di pasaran. Apple dijangka akan menurunkan harga jualan di beberapa buah negara.

HUAWEI-Mate-20-Pro-6-39-Inch-6-GB-128-GB-Smartphone-Aurora-752023

Huawei pula boleh dianggap antara syarikat paling berkembang untuk suku keempat tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 43.9% berbanding tahun sebelumnya.

Huawei berjaya memasarkan telefon pintar mereka sebanyak 60.5 juta unit iaitu 16.1% dari keseluruhan pasaran.

Pocophone-f1-g

Oppo dan Xiaomi pula dilihat berkembang positif dengan penguasaan pasaran sebanyak 7.8% dan 7.6%. Kedua-dua syarikat ini mencatatkan peningkatan 6.8% dan 1.4% berbanding tahun 2018.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Mempunyai 1.8 Billion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Microsoft, Google Dan Apple