in , ,

Apple Glass: Akan datang tahun hadapan?

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Apple merupakan satu-satunya syarikat teknologi yang kerap menjadi trendsetter dalam dunia teknologi. Mereka mampu mengeluarkan sesuatu kategori produk dan dengan masa yang singkat mempopularkan produk tersebut. Lihat saja wireless charging. Teknologi ini telah lama diperkenalkan, namun hanya selepas Apple mengintegrasikan wireless charging ke dalam iPhone barulah teknologi ini mendapat perhatian. Tiba-tiba saja ada lambakan produk wireless pad baharu di pasaran.

Produk kategori baharu

Kita sedia tahu bahawa barisan produk baharu terakhir yang Apple perkenalkan adalah Apple Watch iaitu pada tahun 2014. Jadi sudah tiba masanya untuk Apple mengeluarkan barisan produk di dalam kategori yang baharu. Akhir-akhir ini, khabar angin dan perbualan di dunia teknologi banyak mengatakan bahawa Apple bakal mengeluarkan spek mata pintar mereka yang pertama. 

Konsep Apple Glass
Konsep Apple Glass

Spek mata pintar bukanlah sesuatu yang baru saban hari ini. Ingin ditekankan di sini spek mata yang dikatakan di sini bukanlah seperti Oculus Rift atau Vive. Ia lebih dekat dikatakan seperti Hololens dari Microsoft dan juga Google Glass dari Google.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah iOS 13 Senjata Utama Apple Untuk Melariskan iPhone Baharu

Mengapa spek mata pintar?

Sejujurnya, teknologi Augmented Reality atau AR semakin berkembang saban hari ini. Apple juga turut memberi penekanan kepada teknologi AR dengan pengenalan ARKit untuk membantu pembangunan AR. Ia merupakan satu tindakan bijak oleh Apple dalam memberi peluang kepada pereka aplikasi iOS untuk mencuba teknologi AR mereka sebelum pengenalan Apple Glass kelak.

View post on imgur.com

Apple Glass bakal menggabungkan dunia realiti dan maya. Bayangkan apabila anda melihat sebiji buah tembikai, anda dapat melihat kandungan vitamin buah tersebut di hadapan mata anda. Bayangkan apabila anda melihat bintang di langit, anda dapat mengetahui nama serta bentuk bintang tersebut. Inilah yang sedang dibangunkan oleh Apple. Ya, semua ini dapat dilakukan di telefon pintar. Contohnya seperti menggunakan aplikasi Skywalker untuk melihat nama bintang di langit hanya dengan mengarahkan telefon anda ke arah bintang tersebut. Namun, anda masih perlu menggunakan telefon anda untuk tujuan tersebut. Ia tidaklah sehebat dan semudah menggunakan spek mata pintar.

Pada tahun lepas, Apple telah membeli sebuah syarikat yang menghasilkan set kepala augmented reality, VRVana. Ini menguatkan lagi khabar bahawa Apple sedang membangunkan spek mata pintar tersendiri. Di samping itu, Kuo Ming-Chi, seorang penganalisa Apple terkenal juga meramalkan bahawa Apple kemungkinan besar akan memperkenalkan Apple Glass pada tahun 2019 atau 2020.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 11 Sedia Untuk Dikemaskini
vrvana
Demo VRVana

Pada pendapat saya, ini merupakan satu khabar yang sangat menarik. Teknologi AR adalah satu teknologi yang hebat namun penggunaannya tidak meluas pada hari ini. Harapan saya apabila Apple memperkenalkan Apple Glass, teknologi AR akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh syarikat-syarikat teknologi lain. Pada masa yang sama, sekali lagi menjadi trendsetter dalam memperkenalkan teknologi baharu kepada kita.

Mungkin kita tidak lagi hanya tunduk melihat skrin telefon pintar pada masa akan datang. Mungkin kita semua akan memakai spek walaupun kita tidak rabun. Kemungkinan tersebut tidak jauh dari realiti. Ingat, 10 tahun yang lalu hanya segelintir dari kita yang menggunakan telefon pintar. Namun pada hari ini, telefon pintar bagaikan satu keperluan penting kepada kita.

Mengenali iPhone Locked Set (RSIM/TurboSIM)

Pengguna Mula Menjual Samsung Gear Sport Hadiah Dari Pra Tempah Galaxy Note 9