in

iPod Hi-Fi Produk Separuh Masak Daripada Apple?

Sebelum HomePod dilancarkan, Apple pernah melancarkan iPod Hi-Fi iaitu pembesar suara yang di integrasi bersama iPod. Walaupun iPod Hi-Fi bukan pembesar suara pintar seperti HomePod. Konsepnya lebih kurang sama namun terbatas untuk memainkan lagu semata-mata.

ipod-hi-fi-hero1497463963579

iPod Hi-Fi mendapat maklum balas yang negatif daripada pengguna disebabkan harga jualan yang premium iaitu $349 serta keterbatasan dari segi fungsi menyebabkan permintaan sangat rendah. iPod Hi-Fi hanya bertahan setahun lebih sahaja sebelum dihentikan jualan.

homepod

Kini Apple mempertaruhkan HomePod sebagai produk terbaharu mereka. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap produk ini juga lemah di samping jualan yang hanya terhad di beberapa buah negara. Apple dikhabarkan akan memperkenalkan HomePod Mini pada September atau Oktober ini.

Tidak dipastikan sama ada khabar angin tersebut benar atau sebaliknya. Namun saya percaya, sekiranya harga jualan melebihi RM1,000.00 permintaan terhadap produk ini akan kekal lemah.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

BigPay Memperkenal Produk Terkini Iaitu BigPay x Alipay Medium Pemindahan Wang Ke Negara China

Pelancaran iOS 14