in

Pelancaran iOS 14

Sebut sahaja iOS 14 sudah tentu ramai dalam kalangan pengguna iPhone menunggu bilakah pelancaran iOS terbaharu ini. iOS 14 masih menyokong semua model iPhone yang menggunakan iOS 13 termasuklah:

iPhone 11
iPhone 11 Pro
iPhone 11 Pro Max
iPhone XS
iPhone XS Max
iPhone XR
iPhone X
iPhone 8
iPhone 8 Plus
iPhone 7
iPhone 7 Plus
iPhone 6s
iPhone 6s Plus
iPhone SE (2016)
iPhone SE (2020)
iPod touch (Generasi Ke-7)

Setakat hari ini Apple telah melepaskan kemas kini sebanyak tujuh (7) kali dan iOS 14 Beta/Public 7 adalah yang paling terkini. Saya boleh katakan bahawa iOS 14 sangat baik dan berbeza dengan iOS 13 yang mendapat maklum balas   negatif dalam kalangan pengguna iPhone. 

Screenshot-2020-09-05-at-8-07-25-PM

Timbul persoalan berhubung tarikh pelancaran bagi iOS 14. Setakat ini tiada kenyataan rasmi atau maklumat yang jelas berhubung perkara ini.

Di sini saya ingin berkongsi pandangan  berhubung jangkaan tarikh bagi pelepasan iOS 14. Sebelum ini Apple telah mengesahkan bahawa jualan iPhone mungkin dilewatkan disebabkan oleh beberapa isu termasuklah covid-19.

Lagi artikel di ifon.my  Budaya Mendewakan iPhone MYSET Harus Dikikis.

Ini memberi gambaran bahawa pelancaran iPhone 12 mungkin berlangsung pada akhir September atau bulan Oktober kelak. Penentuan tarikh pelancaran iPhone 12 adalah penting bagi menentukan bilakah pelancaran sesebuah iOS.

Berdasarkan garis masa, berikut merupakan tarikh bagi pelancaran iOS 9 hingga iOS 13 

iOS 13
20 September 2019
Jumaat 

iOS 12
18 September 2018
Selasa

iOS 11
20 September 2017
Rabu

iOS 10
14 September 2016
Rabu 

iOS 9
17 September 2015
Khamis 

Berdasarkan senarai di atas, kita boleh membuat konklusi bahawa tiada tarikh atau hari yang khusus bagi pelepasan sesebuah iOS. Namun jelas menunjukkan bahawa pelepasan ini berlaku sekitar minggu ketiga.

Namun adakah ia dilancarkan pada bulan September?

Menurut Mark Gurman yang merupakan penganalisis Apple di Bloomberg. iOS 14 tetap dilepaskan pada bulan September walaupun khabar angin pelancaran iPhone 12 ditangguhkan sehingga bulan Oktober.

Secara peribadi, saya mempunyai pandangan yang bercampur iaitu setuju dan tidak setuju.

Tidak Setuju

Saya kurang bersetuju jika iOS 14 dilancarkan sebelum pelancaran iPhone 12. Kebiasaanya iOS 14 Golden Master (GM)  akan terselit fungsi-fungsi pada iPhone 12. 

Apple sangat mementingkan kerahsiaan bagi sesebuah produk, amatlah mustahil mereka membocorkan maklumat berkenaan walaupun sebelum ini maklumat iPhone X bocor setelah iOS 11 Golden Master (GM) dilepaskan.

Setuju

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengguna iPhone Puas Hati Dengan Kemaskini iOS 13.1, iOS 13.1.1 Dan iOS 13.1.2

Saya bersetuju jika iOS 14 Golden Master (GM) dilepaskan khusus untuk iPhone SE (2016), iPhone 6S, iPhone 6S Plus hingga iPhone 11 Pro Max sahaja. 

Apple berkemungkinan akan melepaskan iOS 14.1 selepas pelancaran iPhone 12.

Kesimpulan

Secara tuntasnya, saya berpandangan bahawa iOS 14 bakal dilepaskan pada 22 atau 23 September 2020 atau minggu ketiga bulan ini. Saya sangat menggalakkan pengguna agar mengemaskini iOS 14 dengan kadar segera selepas Apple melepaskan kemas kini ini bagi membolehkan anda memandu uji terlebih dahulu.

Jika iPhone anda menghadapi sebarang masalah, anda masih mempunyai masa untuk turun taraf ke iOS 13 dengan syarat anda wajib membuat sandaran (back-up) di iTunes atau iCloud sebelum kemas kini iOS 14.

SEKADAR PANDANGAN

 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPod Hi-Fi Produk Separuh Masak Daripada Apple?

iPad Air Mendapat Kelulusan Bagi Jualan Di Malaysia