in , , ,

Pengakhiran Sebuah MacBook

MacBook 12-Inci merupakan produk yang dilancarkan pada tahun 2015 dan merupakan model pertama tanpa kipas, papan kekunci “Butterfly” dan port USB-C tunggal. MacBook 12-Inci hadir dengan reka bentuk baharu serta berada dalam kelas tersendiri.

MB12-Rose-Gld-Open30-Vert-SCREEN1-jpg
Gambar: MacBook 12-inci (Apple)

Seperti diketahui Apple telah melancarkan beberapa kategori bagi MacBook iaitu:

  • MacBook Pro
  • MacBook Air
  • MacBook

MacBook Pro dan MacBook Air dianggap kategori paling lama di pasaran dan Apple konsisten mengemaskini produk di bawah model tersebut. Ini berkemungkinan permintaan terhadap model tersebut sangat memberangsangkan.

Kontradiksi dengan MacBook 12-inci, model ini tidak mendapat permintaan yang tinggi menyebabkan Apple terpaksa menghentikan pengeluarannya tahun 2019 dan kategori tersebut telah ditamatkan.

Tidak keberatan jika saya katakan MacBook 12-inci antara produk gagal disebabkan beberapa faktor termasuklah harga, spesifikasi serta kelemahan pada cip pemprosesan. Sokongan macOS Monterey juga hanya menyokong MacBook 12-inci (2016) dan ke atas.

Lagi artikel di ifon.my  Gartner: Pertumbuhan Jualan Bagi Telefon Pintar Apple Tidak Berubah, Samsung Turun Dan Huawei Meningkat Bagi Suku Ketiga Tahun 2018
maxresdefault
Gambar: Papan Kekunci Butterfly (Apple)

Terkini, Apple telah menyenaraikan MacBook 12-inci (2015) sebagai produk vintaj dalam laman rasmi mereka.

Produk vintaj diistilahkan sebagai produk yang dihentikan pengeluaran serta jualan dalam tempoh lima tahun dan kurang dari tujuh tahun.

Sebelum ini saya telah mempromosikan MacBook 12-inci (2015) pada harga RM999.00 yang dijual oleh Switch Malaysia sempena jualan penghabisan stok. Model terbabit berstatus baharu dan dijamin dengan 12 bulan warranti.

185427333-10226673207435531-4415852314513602008-n
Gambar: Promosi MacBook 12-Inci (Switch Malaysia)

Timbul pertanyaan daripada warga maya berhubung status MacBook 12-inci (2015) setelah Apple kelaskan model terbabit sebagai vintaj. Saya telah berhubung dengan beberapa kakitangan Switch Malaysia, pihak mereka memohon pembeli merujuk kepada pautan berkenaan produk vintaj sebagai rujukan.

Lagi artikel di ifon.my  Peningkatan Penggunaan USB Type-C Menafikan Teknologi Sebelumnya

Sekiranya MacBook 12-inci (2015) anda menghadapi masalah, pihak Switch Malaysia memohon agar menghantar ke AASP dan sesi konsultansi akan diberikan.

Flat-2021-Mac-Book-Pro-Mockup-Feature-1
Gambar: Ilustrasi MacBook 14-inci (MacRumors)

Konklusinya, MacBook 12-inci merupakan produk gagal dan Apple menyedari akan hal tersebut. Tindakan menamatkan kategori berkenaan pada tahun 2019 adalah satu tindakan yang bijak.

Saya berpandangan MacBook 14-inci bakal mencetus revolusi baharu dalam penciptaan MacBook. Tidak mustahil ia sebuah inkarnasi daripada MacBook 12-inci yang masih nirmala dan mampu merentas jumantara.

SEKADAR PANDANGAN

 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

MagSafe Sekadar Gimik?

Promosi iPad Air 4