in ,

Promosi iPad Air 4

iPad Air 4 saya boleh anggap model pertengahan antara segmen berprestasi tinggi dan bajet.iPad Air 4 diperkasa dengan A14 Bionic dan mempunyai prestasi lebih baik berbanding iPhone 12 Pro serta iPhone 12 Pro Max jika dinilai dari segi teras tunggal dan pelbagai.

Sejak Apple mula mengasingkan iOS dan iPadOS, saya lihat hala tuju iPad akan berubah dalam beberapa tahun lagi. Saya yakin iPadOS masih kekal dengan DNA yang ada sekarang dan tidak membawa genetik macOS.Kendatipun begitu, iPad masih kekal sebagai tablet dan tidak boleh menggantikan sebuah komputer.

Kerana itulah saya konsisten untuk menggalakkan warga maya terutama pelajar mengutamakan komputer berbanding iPad.Namun iPad Air 4 bagi saya sangat sesuai jika anda mahu menggunakan dalam tempoh yang lama. iPad Air 4 adalah model pertama dengan reka bentuk baharu dan sudah pasti penghasilan aksesori akan datang masih menyokong model ini.

Lagi artikel di ifon.my  iPad Generasi Kelapan Telah Mendapat Kelulusan Jualan Di Malaysia
Gambar Konsep iPad Mini 6 (Jon Prosser)

Saya berpandangan iPad Mini 6 kelak mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding iPad Air 4 jika Apple menggunakan cip pemprosesan A15 Bionic.Setakat ini tidak dipastikan spesifikasi pada iPad Mini 6, namun saya percaya prestasinya mungkin setara atau lebih baik.

Saya meramalkan iPad Air 5 tidak akan dilancarkan pada tahun ini dan Apple mungkin melancarkan iPad Air 5 pada suku pertama atau keempat tahun 2022.Walau bagaimanapun, saya tidak boleh mengesahkan kenyataan tersebut kerana ia hanyalah ramalan saya sahaja.

Berbaloi membeli iPad Air 4?

Promosi Harga iPad Air 4 (Machine Malaysia)

Bagi saya sangat sesuai jika anda mampu membelinya. Jika tidak iPad Gen-8 atau iPad Mini 5 masih relevan. Cuma digalakkan untuk tunggu sehingga iPad Mini 6 dilancarkan.Cuma saya tidak boleh pastikan promosi yang dibuat oleh Wakil Penjual sah Apple akan berkekalan.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melancarkan iPad Mini Dan iPad Air Terbaharu

Semua terpulang kepada anda untuk membuat penilaian secara tuntas.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pengakhiran Sebuah MacBook

Insurans Pelindungan : Kehendak atau Keperluan?