in ,

iPhone SE 3 Dilancarkan Pada Suku Pertama 2022?

Menurut DigiTimes, iPhone SE 3 bakal hadir pada suku pertama tahun 2022. iPhone SE 3 ini diperkasakan dengan A14 Bionic serta sokongan 5G. Namun malangnya, model ini masih kekal dengan rekaan model sebelumnya. Ming-Chi Kuo juga turut melaporkan perkara yang sama berkaitan iPhone SE 3. Tidak dipastikan sama ada Apple bakal menamatkan iPhone SE (2020) pada bulan September ini atau kekal sehingga suku pertama tahun depan.

Saya turut menyokong laporan tersebut bahawa iPhone SE 3 bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan. Setakat ini garis masa bagi segmen edisi khas ini konsisten dilancarkan pada suku pertama.

Cuma saya mengharapkan kapasiti mAh pada iPhone 3 ditingkatkan sekurang-kurangnya 20% dari kapasiti bateri model sebelumnya. Sokongan 5G secara jelas akan mengakibatkan penggunaan tenaga yang sangat tinggi.Harga jualan iPhone SE 3 saya ramal bermula sekitar RM1,949 atau RM1,999 dengan storan 64GB.

Pada tahun lepas, saya antara individu yang menggalakkan pengguna membeli iPhone SE(2020) berbanding iPhone set terpakai. Saya juga menganggap iPhone SE adalah pek permulaan bagi pengguna Android yang mahu mencuba ekosistem iOS.

Lagi artikel di ifon.my  Berhati-hati Semasa Membeli iPhone Serta Aksesori

Apple cuba untuk menarik pengguna iPhone 6/Plus dan iPhone 5S untuk menaik taraf ke iPhone SE. Jumlah pengguna iPhone 6/Plus dianggarkan mencecah 220 juta dan tidak mustahil dengan harga yang rendah mampu menarik minat pengguna untuk menaik taraf model tersebut.

Tidak hairanlah iPhone SE berada di tangga ke sepuluh sebagai telefon pintar paling popular di dunia menurut Counterpoint.

Walakin begitu, pada ketika ini saya lebih menggalakkan pengguna membeli iPhone XR berbanding iPhone SE. Antara sebab utama adalah kapasiti mAh, Face ID dan fitur iOS yang lebih memihak pada iPhone Face ID.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 13 Hadir Dengan AOD?

Sumpahan Microsoft – Keabsahan