in , ,

iOS 5 Revolusi Baharu Skeuomorphic

Jika anda pengguna awal iPhone tentu sekali anda pernah merasai paparan skeuomorphic yang boleh dikatakan antara paparan muka paling menarik berbanding Android dan BlackBerry OS pada ketika itu. 

Pembangunan iOS hakikatnya diilhamkan oleh bekas Timbalan Presiden Kanan iOS iaitu Scott Forstall di mana iOS 6 merupakan sistem operasi terakhir beliau sebelum dipecat oleh Tim Cook.

stevejobsscottforstallstevejobsintroducesc17di8fkvcwx
Scott Forstall Bersama Steve Jobs Semasa Pelancaran iOS 5

Skeuomorphic merupakan identiti utama bagi iOS dan boleh dikatakan iOS 5 antara sistem operasi paling termaju pada ketika itu. iOS 5 juga merupakan sistem operasi pertama yang mengintegrasikan iOS dengan iCloud.

iOS 5 boleh dikatakan inovasi terakhir di era legasi Steve Jobs dan iPhone 4S boleh dikatakan peranti terakhir diperkenalkan sebelum Steve Jobs meninggal.

SIRI dan iCloud antara inovasi yang masih digunakan sehingga hari ini, Walaupun SIRI bukanlah inovasi tulen dari Apple namun bagaimana ia dihubungkan dengan iPhone sangat mengkagumkan.

Lagi artikel di ifon.my  SAH: iOS 13 Bakal Diperkenalkan Pada 4 Jun 2019

Semasa pelancaran iOS 5, boleh dikatakan semua penonton yang hadir pada WWDC sangat teruja dengan kemaskini iOS 5 berbanding sebelum ini.

Apa pun, idea asal terciptanya iOS adalah dari Steve Jobs dimana beliau telah mencabar Scott Forstall dan Tony Fadell untuk mencipta ekosistem bagi iPhone.

103504107-_Getty_Images-496536466r.1910x1000
Tony Fadell Bapa Pembangunan iPod

Seperti diketahui Scott Forstall pada masa itu merupakan ketua dalam pembangunan sistem operai bagi Mac dan Tony Fadell merupakan bapa kepada penciptaan iPod.

Namun, keputusan tersebut telah memihak kepada Scott Fotstall memandangkan beliau antara individu yang banyak mencetuskan inovasi baharu dalam pembangunan OSX.

Sejak dari itu, revolusi iOS terus berkembang sehinggalah iOS 6 mengalami sedikit masalah yang menyebabkan Scott Forstall dipecat dari Apple.

301505-apple-iphone-5-at-t
Rekaan Skeuomorphic bagi iOS 6 Pada iPhone 5

Bagi memastikan iOS terus releven, Tim Cook telah melantik Jony Ive dan Craig Federighi untuk mengetuai dalam pembangunan iOS.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Netizen Menganaktirikan iPhone?

Sejak dari itu, skeuomorphic telah lenyap dalam ekosistem iOS dan diganti dengan paparan muka translucency yang lebih minimalis

i_Phone5-3up-_Pyramid_i_OS7_PRINT
iOS 7 Pada iPhone 5


Secara peribadi, saya masih mengangap bahawa paparan muka skeuomorphic antara paparan muka paling menarik pernah dihasilkan oleh Apple.

Saya akui semasa saya menonton acara pelancaran iOS 6, saya agak terkilan disebabkan tiada perubahan besar yang berlaku ke atas rekaan iOS. 

Pada ketika itu, pengaruh Android di pasaran semakin kuat disebabkan pelbagai ciri-ciri baru diperkenalkan kepada pengguna. 

Namun, jika dilihat iOS 7 hinggalah iOS 12 rekaannya lebih kurang sama sahaja. Tidak keberatan jika saya katakan Craig Federigh juga gagal dalam membawa iOS ke arah yang lebih baik. 

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Bakal Melancarkan macBook Air Versi Terbaru

PowerMac G4 Cube & Era Kegemilangan Apple