in ,

vivo Y39 dan vivo Y29 Telefon Pintar Mesra Pelajar

vivo Malaysia telah melangkah ke hadapan dengan melancarkan dua model telefon pintar terbaru, iaitu vivo Y39 dan vivo Y29, yang khusus ditujukan untuk generasi Z dan Alpha.  Walaupun tergolong dalam segmen permulaan sederhana (mid-entry), vivo Y39 dan vivo Y29 menawarkan prestasi yang mengagumkan serta memenuhi keperluan pengguna muda yang sentiasa bergerak pantas

Tidak hairanlah mengapa saya katakan vivo Y39 dan vivo Y29 dicipta khas untuk Pelajar yang mahukan spesifikasi hebat pada harga bajet. Malah segala keperluan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan dengan hadirnya model ini.

Bagi membuktikan kata-kata tersebut, saya  telah memandu uji kedua-dua model ini lebih dari dua minggu, berikut ulasan saya dengan mengambil kira konteks sebagai Pelajar atau golongan remaja. vivo Malaysia telah melangkah ke hadapan dengan melancarkan dua model telefon pintar terbaru, iaitu vivo Y39 dan vivo Y29, yang khusus ditujukan untuk generasi Z dan Alpha.  

Walaupun tergolong dalam segmen permulaan sederhana (mid-entry), vivo Y39 dan vivo Y29 menawarkan prestasi yang mengagumkan serta memenuhi keperluan pengguna muda yang sentiasa bergerak pantas

Tidak hairanlah mengapa saya katakan vivo Y39 dan vivo Y29 dicipta khas untuk Pelajar yang mahukan spesifikasi hebat pada harga bajet. Malah segala keperluan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan dengan hadirnya model ini.

Bagi membuktikan kata-kata tersebut, saya  telah memandu uji kedua-dua model ini lebih dari dua minggu, berikut ulasan saya dengan mengambil kira konteks sebagai Pelajar atau golongan remaja. 

KETAHANAN BATERI 

vivo Y39 dan vivo Y29  dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar, iaitu 6,500 mAh, menjadikan ketahanan bateri jauh lebih baik berbanding fon pesaing serta mampu bertahan sehingga 13 jam bagi tugasan navigasi.

Sepanjang penggunaan, ketahanan bateri kedua-dua fon ini benar-benar memukau. Saya dapat bermain permainan mudah alih, menonton video penstriman, mengambil gambar dan video, serta melayari media sosial tanpa rasa bimbang bateri cepat habis.  

Dengan kapasiti 6,500 mAh, kedua-dua model ini mampu bertahan lebih dari 73 jam, bergantung pada cara dan intensiti penggunaan setiap individu. Tempoh yang begitu lama ini menterjemah akan kekuatan kedua-dua fon ini yang mampu memberikan pengalaman penggunaan lebih lama tanpa perlu risau untuk mengecas.

Selain itu, turut memberi keselesaan kepada pelajar tanpa perlu membawa bank kuasa (powerbank) ketika menghadiri kuliah atau melakukan aktiviti luar. Dengan ketahanan bateri sehingga 73 jam serta kapasiti 6,500mAh, sudah pasti segala aktiviti seharian lebih produktif.

vivo Y39 dan vivo Y29 kedua-dua mampu memberikan ketahan hampir sama dengan penggunaan yang sederhana atau ekstrem. Sepanjang tempoh penggunaan, saya dapati kedua-dua fon ini mampu bertahan lebih dari dua hari walaupun melakukan pelbagai ujian.

KADAR BINGKAI

vivo Y39 dan vivo Y29 menyokong kadar segar semula 120Hz . Kadar segar semula merujuk kepada kadar paparan skrin yang mampu menyegarkan gambar sehingga 120 kali dalam satu saat. Dengan kadar ini, pengalaman visual menjadi lebih lancar serta responsif, terutama semasa menggunakan aplikasi, menonton video, atau bermain permainan.

Lagi artikel di ifon.my  vivo V50 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Saya telah melakukan beberapa ujian bagi kedua-dua fon ini, termasuk menatal (scrolling) media sosial, bermain permainan mudah alih serta menonton video. Saya dapati, vivo Y39 lebih lacar dari segi tatalan berbanding vivo Y29 walaupun kedua-dua model ini menyokong kadar segar semula 120Hz.

Terdapat kemungkinan faktor cip pemprosesan memainkan peranan utama untuk memberikan pengalaman lebih baik berbanding vivo Y29. Penggunaan kadar segar semula 120Hz akan memberi sedikit kesan terhadap ketahanan bateri. Anda boleh sesuaikan dalam tetapan (settings) sama ada mahu mengaktifkan atau sebaliknya, namun, saya gemar mengaktifkannya untuk memastikan setiap tugasan yang saya lakukan berjalan dengan lebih lancar dan responsif.

KAMERA

Vivo Y39 dan vivo Y29 masing-masing dilengkap dengani 50MP + 2MP bagi kamera utama dan 8MP untuk swa-foto.  Saya telah mengambil beberapa keping gambar menggunakan fon ini. Hasilnya anda boleh lihat seperti berikut:  

Ini merupakan gambaran yang ditangkap menggunakan vivo Y39 

Manakala gambar ini ditangkap menggunakan vivo Y29

Saya tidak akan memperincikan tentang kualiti gambar, biarlah anda sendiri yang menghakimi. Cuma, janganlah membandingkan dengan fon segmen andalan yang pasti jauh lebih baik. 

Jika anda bertanya kepada saya, kualiti gambar yang dihasilkan agak kurang memuaskan. Selain itu, terdapat sedikit ‘lag’ atau kelambatan ketika mengambil gambar, yang membuatkan saya berasa kurang selesa ketika menangkap momen-momen penting. Namun, saya faham bahawa model yang saya uji ini tergolong dalam segmen mid-entry.

FIZIKAL

vivo Y39 dan vivo Y29  hadir dengan skrin 6.68-inci LCD dengan resolusi skrin 1608 × 720. Vivo Y39 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu biru serta ungu.Manakala vivo Y29 menawarkan putih dan coklat.

Sebaik memegang kedua-dua peranti ini, saya dapati kemasan vivo Y29 tampak premium serta sedap untuk dipegang apatah lagi dengan corak dan warna putih yang menambahkan lagi daya tarikannya. 

Kontradiksi dengan vivo Y39, bahan binaan serta kemasannya agak sederhana, dan warna ungu yang ada pada model ini, bagi saya, tidak begitu menonjol atau istimewa. Cantik itu subjektif, mungkin anda berbeza dari segi citarasa. Anda boleh memandu uji di wakil jualan vivo yang sah untuk menuntaskannya.

PEMPROSES & 5G

vivo Y39 dijana dengan Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 yang menggunakan proses pembuatan 4nm, sekali gus menawarkan kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding cip sebelumnya. 

Saya telah menguji fon ini dengan bermain permainan Honor of Kings. Prestasi serta pengalaman sewaktu bermain sangat lancar tanpa sebarang isu ‘lag’.

Kontradiksi dengan vivo Y29, pengalaman bermain agak kurang lancar, namun perbezaannya tidak terlalu ketara dan masih boleh dinikmati dengan baik. vivo Y29 diperkasa dengan Qualcomm Snapdragon 685 yang terkenal dengan keseimbangan antara prestasi serta kecekapan tenaga.

Kedua-dua telefon ini membolehkan golongan sasaran seperti pelajar atau remaja memaksimumkan penggunaannya dengan melakukan pelbagai tugasan. Sokongan 5G tersedia cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti terutama melayari web, menonton video penstriman, mendengar muzik, bermain permainan mudah alih, membuat panggilan video, dan banyak lagi.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan Telefon Pintar vivo Y29 dan vivo Y39

LAIN-LAIN

vivo Y39 dan vivo Y29 adalah pilihan yang sesuai untuk pelajar yang menginginkan spesifikasi menarik pada harga berpatutan. Kedua-dua telefon ini dilengkapi dengan penarafan IP64 bagi kalis debu dan air, menjadikannya ideal untuk pelajar atau remaja yang gemar melakukan aktiviti luar tanpa perlu risau tentang hujan atau aktiviti lasak. 

Dengan saiz skrin 6.68 inci dan resolusi 1608 × 720, peranti ini sangat sesuai untuk pelajar membaca nota kuliah, menonton video pembelajaran, dan pelbagai lagi tugasan harian.  

Pembesar suara pada model ini juga telah ditingkatkan dengan teknologi stereo berkembar dan tahap kelantangan sehingga 400%, cukup untuk pelajar menonton video penstriman bersama rakan-rakan di kolej atau mendengar video pembelajaran sambil melakukan kerja-kerja lain.  

vivo Y39 dan vivo Y29 benar-benar menonjol dalam kelasnya. Tambahan lagi, ciri sokongan anti-jatuh yang ada pada model ini menambah lagi nilai keunggulannya.

HARGA JUALAN 

vivo Y39 ditawarkan pada harga RM999 dengan storan 256GB dan RAM 8GB, manakala vivo Y29 dijual pada harga RM799 (256GB + 8GB).  Bagi saya, storan 256GB ini sudah lebih daripada mencukupi untuk keperluan pelajar, sama ada untuk menyimpan bahan pembelajaran, mengambil video, menangkap gambar, atau memuat turun aplikasi dan permainan mudah alih.  

Perlu diingat, saya sedang membicarakan tentang peranti bawah RM1,000 dalam kategori sederhana (mid-range). Adalah tidak adil untuk membandingkannya dengan peranti flagship yang harganya jauh lebih tinggi.  

Oleh sebab itu, saya lebih cenderung untuk menumpukan perhatian pada pelajar atau remaja yang menginginkan pengalaman ‘setaraf flagship’ tetapi dengan harga yang lebih berpatutan. vivo Y39 dan vivo Y29 adalah pilihan yang tepat untuk golongan ini

KESIMPULAN 

Intihanya, setelah menggunakan kedua-dua telefon ini selama lebih seminggu, saya cenderung memilih vivo Y39 kerana kelancaran prestasinya, sokongan 5G, dan kualiti pembesar suara yang lebih memuaskan. Namun, pilihan akhir tetap bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing.  

Berikut perbezaan antara kedua-dua peranti ini:

Spesifikasivivo Y39vivo Y29
PemprosesanSnapdragon 4 Gen 2Qualcomm Snapdragon 685
Bluetooth Bluetooth 5.1Bluetooth 5.0
ROMUFS 3.1eMMC 5.1

Di mana lagi kita boleh mencari telefon dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 6,500 mAh, pembesar suara berkelantangan 400%, storan 256GB, serta dilengkapi penarafan IP64 untuk kalis air dan debu, ditambah lagi dengan ciri ketahanan anti-jatuh, semuanya pada harga bawah RM1,000? vivo Y39 dan vivo Y29 menawarkan semua ini dengan nilai yang sukar ditandingi.

Walau bagaimanapun, fon ini tetap mempunyai kekurangan termasuk sedikit lag saaf bermain permainan mudah alih, menjalankan beberapa multi-tugas, mengambil gambar secara konsisten tanpa henti dan lain-lain. 

Sekiranya saya ingin membandingkan dengan fon flagship sudah pastinya tidak adil. Ulasan ini tertumpu kepada fon di bawah RM1, 000 dengan mengambil kira konteks sebagai Pelajar atau golongan remaja. 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ne Zha 2 Lepasi Kutipan Global Hampir 9 Bilion Ringgit

iPhone 17 Pro: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?