Di Malaysia, pasaran pawagam didominasi oleh pawagam GSC sebagai peneraju utama, diikuti oleh TGV, mmCineplexes dan lain-lain. Setiap pawagam bersaing untuk menawarkan pelbagai keistimewaan menarik.

Mulai dari variasi jenis panggung, koleksi barang niaga (merchandise) eksklusif, pilihan snek istimewa, hinggalah promosi diskaun untuk ahli.
Kali ini, timbul keinginan untuk saya kongsikan pengalaman menonton di Aurum Theatre, yang merupakan pawagam ultra-mewah.
Ini bukanlah iklan berbayar, hakikatnya telah lama saya ingin kongsi kepada anda. Namun disebabkan kekangan masa, terpaksa menangguh seketika. Memandangkan cuti panjang, saya ingin kongsi pengalaman sebaik menonton di Aurum Theatre, The Exchange TRX.

Menariknya Aurum Theatre, harga tiket tetap berpatutan meskipun menyajikan kemewahan layar perak setaraf lima bintang, dilengkapi kemudahan panggung canggih, kerusi empuk , dan layanan hospitaliti bertaraf lima bintang.
Saya percaya ramai menganggap Aurum Theatre hanya eksklusif untuk golongan ningrat (bangsawan), tetapi hakikatnya harga tiket jauh berpatutanDi The Exchange TRX ia menawarkan 5 jenis panggung istimewa, iaitu IMAX, Escape Studio,Comfort Cabin, Getha Lux Suite, dan ScreenX.

Setiap satunya menawarkan pengalaman berbeza dari format tayangan, konsep tempat duduk, hinggalah snek yang menyelerakan yang dihidang terus ke kerusi anda.
Sebagai contoh : Harga tiket IMAX, di Aurum Theatre, The Exchange TRX hanya RM70, termasuk combo snek iaitu kek Red Velvet, Takoyaki, Pai Ayam, dan pelbagai variasi minuman.



Kontradiksi dengan GSC KL East Mall (RM52.50 untuk pakej lebih kurang sama) perbezaan hanyalah RM17.50, sepadan dengan layanan VIP, snek lebih menarik dan kemudahan premium lain.
Saya antara penonton yang sering berkunjung ke sini, antara keistimewaannya, teknologi IMAX Laser dengan sistem bunyi 12 saluran yang imersif, Kerusi boleh laras yang super empuk, tandas bersih berkonsep mewah dan lengkap dengan pencahayaan yang memberi suasana tenang.

Saya akui, dalam kalangan anda mungkin skeptikal dengan pawagam ini. Saya begitu juga. Pertama kali hadir atas jemputanTapi selepas merasai sendiri, saya lebih memilih Aurum Theatre walaupun tanpa jemputan, semata-mata untuk nikmati kemewahan yang tidak begitu mahal harganya.

Aurum Theatre berada di beberapa lokasi termasuk, The Garden Mall (KL) , The Exchange TRX (KL) , dan Mid Valley Southkey (JB) .Setakat ini saya menyukai The Exchange TRX kerana gabungan faktor lokasi strategik, kemudahan terkini, dan suasana yang lebih eksklusif.
Terdapat dua kriteria penonton yang datang ke pawagam. Satu hanya beli tiket dan terus menonton, kedua penonton yang membeli tiket serta snek sebelum masuk ke pawagam.

Jika anda golongan kedua, saya galakkan anda untuk datang ke Aurum Theatre, The Exchange TRX untuk merasai layanan bertaraf VIP disamping dapat menikmati panggung serba mewah dan snek yang menyelerakan. Tiket Aurum Theatre boleh dibeli secara terus di aplikasi GSC.
Jika mahu merasai pengalaman bertaraf lima bintang pada harga bajet .Boleh beli tiket pawagam 2D hanya RM40 atau ScreenX RM50. Semuanya di Aurum Theatre, The Exchange TRX.