in ,

vivo Y04 Telefon Pintar Bajet Untuk Semua

KUALA LUMPUR, 18 April 2025 – vivo Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi vivo Y04, model terbaharu dalam siri popular Y Series, yang akan mula dijual di seluruh negara pada 19 April 2025.

Menggabungkan gaya, prestasi dan kebolehpercayaan, vivo Y04 direka khas untuk pelajar, golongan profesional muda dan keluarga yang mencari telefon pintar berkualiti dengan harga mampu milik.

Tersedia dalam tiga pilihan warna menarik antaranya Titanium Gold, Jade Green dan Crystal Violet. vivo Y04 hadir dengan rangka nipis dan ringan berkemasan matte logam serta reka bentuk kamera bergaya yang menyerlahkan gaya tanpa mengorbankan keselesaan dan kemudahan penggunaan.

Di sebalik reka bentuknya, Y04 dilengkapi bateri besar berkapasiti 5500mAh yang mampu bertahan sehingga 19 jam tontonan video dan 28 jam masa berbual. Malah, baterinya masih mengekalkan lebih 80% kesihatan selepas lima tahun, sekali gus sesuai untuk pengguna yang inginkan prestasi tahan lama dengan bajet rendah.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan vivo V30 dan vivo V30 Pro

Paparan HD+ bersaiz 6.74 inci memberikan pengalaman tontonan yang imersif dengan skrol yang lancar dan visual yang terang sama ada anda sedang belajar, menonton atau bersosial.

Sistem kamera berkuasa AI memudahkan anda merakam kenangan harian, manakala ciri AI Erase membolehkan anda memadam objek yang tidak diingini dalam gambar dengan mudah.

Dibina untuk ketahanan dalam situasi harian, vivo Y04 juga dilengkapi dengan penarafan IP64 kalis habuk dan percikan air, serta pensijilan anti-jatuh Gred Tentera 5-Bintang daripada SGS menjadikannya pilihan tahan lasak untuk kegunaan kerja, hiburan atau aktiviti luar.

vivo Y04 boleh didapati pada harga RM399 bermula 19 April 2025 di semua kedai konsep vivo, pengedar sah dan platform e-dagang utama di seluruh negara.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Mengadakan Malaysia Watch Party and Community Tournament Sempena EURO 2024

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Bengkel Kamera vivo V50 Meriahkan One Utama dengan Aktiviti Menarik