in

vivo Malaysia Melancarkan vivo V30e 5G

Hari ini vivo Malaysia telah melancarkan V30e yang memfokuskan “Portrait So Pro” di Artisan’s Playground by COOKHOUSE.

vivo V30e memfokuskan kepada kamera potret. Menurut Pengurus Jenama (Brand Manager) Raymon Teoh, pada bulan Mac vivo Malaysia telah melancarkan V30 dan V30 Pro dan jualan bagi siri vivo V30 telah meningkat sebanyak 58% berbanding sebelumnya.

vivo V30e hadir dengan bahan material berkualiti dan hadir dengan dua variasi warna iaitu Sky Mirror dan Coco Brown.

vivo V30e hadir dengan skrin 6.7-inci, dengan kadar segar semula 120Hz, menjadikan antara model kelas pertengahan terbaik dalam kelasnya.

Fokus utama vivo V30e tertumpu kepada kamera potret melalui Aura Light Portrait 3.0 yang memberikan kualiti kamera lebih baik walaupun dalam suasana kurang pencahayaan.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan Siri iQOO Z9 5G

vivo V30e didatangkan dengan kamera selfi 32MP dengan apertur F/2.0. Kamera vivo V30e menggunakan Sony IMX882 sekali gus meningkatkan kualiti gambar yang lebih baik.

vivo V30e mampu menyokong sehingga 4K dan menyokong sistem warna semula jadi, bertekstur dan Vivid.

vivo V30e hadir dengan kapasiti bateri sebanyak 5,500 mAh tertinggi dalam Siri-V. Ini menjanjikan ketahanan bateri sehingga 22 jam tontonan YouTube, 15 jam Instagram dan lain-lain.

Bateri vivo V30e mampu menyokong 80% daripada keupayaan asal atau 1,600 kitaran lengkap cas. Ini memberikan ketahanan bateri vivo V30e bertahan sehingga empat tahun.

vivo V30e dijana dengan pemproses Snapdragon 6 Gen 1 berteraskan 4nm. RAM 8GB dan sistem penyejukan yang efisien.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Melancarkan vivo Y100 5G di Malaysia

vivo V30e mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula hari ini pada harga RM1,399 menjadikan telefon pintar segmen sederhana berbaloi untuk dibeli.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ramalan Apple Watch X

Inti Pati Acara Apple “Let Loose”