in ,

Lilo & Stitch Mengekalkan Keaslian “Ohana”

Selepas lebih dua dekad, Disney kembali dengan versi aksi nyata Lilo & Stitch, sebuah kisah menyentuh hati yang menggabungkan elemen sains fiksyen, kasih sayang, kekeluargaan, serta pengorbanan.

Penceritaan mengisahkan Lilo, seorang gadis kecil yang tinggal bersama kakaknya, Nani, selepas kematian ibu bapa mereka.

Kehidupan mereka tidak mudah, terutamanya bagi Nani yang berusaha keras untuk membuktikan dia mampu menjaga adiknya dengan baik.

Lilo, yang kesunyian dan sering dibuli, hanya mahukan seorang teman sejati. Harapannya menjadi kenyataan apabila dia tanpa sengaja menemui Stitch, seekor makhluk asing hasil eksperimen sains dari angkasa lepas.

Stitch, yang sepatutnya dimusnahkan, berjaya melarikan diri. Dua makhluk asing kemudian dihantar untuk menjejaki dan menghapuskan Stitch.Stitch yang dicipta sebagai pemusnah, berubah secara perlahan apabila merasai kasih sayang Lilo.

Dari segi visual, filem ini memang mengagumkan. Reka bentuk Stitch realistik dan comel. Latar Hawaii pula ditampilkan dengan penuh warna, budaya, dan sinematografi yang memukau.

Barisan pelakon juga memberikan persembahan yang meyakinkan. Watak Lilo berjaya memaparkan kesedihan, pengorbanan dan kasih sayang. Nani pula menunjukkan tekanan seorang kakak yang terpaksa menjadi dewasa.

Suara Stitch pula kekal lucu, nakal, dan menghiburkan.Kekuatan utama filem ini terletak pada emosinya.

Tema tentang keluarga “Ohana”, kehilangan, pengorbanan dipaparkan dengan jujur dan menyentuh hati.

Ini bukan sekadar filem kanak-kanak, tetapi juga sesuai untuk penonton dewasa yang menghargai nilai kasih sayang dan pengorbanan.

Lilo & Stitch (2025) penuh warna, emosi dan harapan. Sama ada anda peminat lama atau penonton baharu, filem ini pasti akan membuat anda tersenyum dan mungkin juga mengalirkan air mata.

Lilo & Stitch (2025) boleh ditonton di pawagam bermula 22 Mei 2025. Jangan lepaskan peluang untuk melihat gelagat Stitch yang sentiasa menghiburkan.

Skor: 7/10 (70%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ejen Ali The Movie 2 : Filem Padat Dengan Aksi, Emosi, Nilai Kekeluargaan, Persahabatan Dan Kepercayaan.