in

Astro Originals Hadirkan ‘Honey Trap’ Kisah Perisik Wanita dalam Dunia Politik yang Sarat Emosi dan Aksi

Kuala Lumpur, 17 Jun 2025 – Astro Originals kembali dengan sebuah lagi naskhah premium yang pastinya menggamit perhatian penonton.

Siri terbaru berjudul Honey Trap mengetengahkan kisah penuh debar tentang seorang perisik wanita dalam dunia politik yang rumit dan mencabar.

Siri ini menjanjikan sebuah pengalaman menonton yang sarat aksi, ketegangan, dan permainan emosi yang mendalam sesuai untuk mereka yang menggemari genre thriller dan drama psikologi.

Honey Trap berkembang daripada dunia fiksyen yang sama seperti siri KUDETA, yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2022.

Dalam KUDETA, penonton diperkenalkan dengan watak Perdana Menteri wanita pertama negara Masraya, lakonan hebat Vanidah Imran.

Kini, Honey Trap membawa kita menyelami sisi lain dunia Masraya, dengan memperkenalkan watak baharu, Surya Gabriel seorang perisik wanita yang berani, bijak, memikat dan penuh semangat patriotik.

Namun, misi Surya tidak semudah yang disangka. Dalam usaha mempertahankan keselamatan negara, beliau terperangkap dalam jaringan kuasa yang sarat dengan pengkhianatan, dilema peribadi dan konflik emosi, termasuk hubungan terlarang yang menguji batas integriti dan kepercayaannya sendiri.

Lagi artikel di ifon.my  Video Siar : One Cent Thief 2

Siri ini dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat tanah air seperti Nina KSC (pertama kali memegang watak utama), Syarul Ezani, Ungku Ismail, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Amyza Aznan, Eugene Ong, Chazzy Nash, May June, Dai Fuad dan Sefik Khair.

Turut membuat penampilan khas ialah beberapa watak daripada siri KUDETA, menambahkan lagi nilai sentimental dan kesinambungan naratif.

Diarahkan oleh Sutradara Imran Sheik yang juga pengarah KUDETA skrip Honey Trap dihasilkan bersama oleh Siti Marzuliana Marzuki, Zuli Ismail, Amar Amir, Lemuel Ong dan Syakir ‘Mo’ Zakii. Siri ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan dilaksanakan oleh produksi Lacuna Pictures.

Honey Trap bakal menemui penonton bermula 20 Jun 2025, dengan 8 episod dan 2 episod istimewa. Penonton boleh strim dua episod pertama di On Demand pada hari pelancaran, diikuti tayangan mingguan di sooka & On Demand setiap Jumaat, 12 tengah malam, Astro CITRA (saluran 108) setiap Jumaat, jam 9 malam dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin, jam 9 malam.

Lagi artikel di ifon.my  Project ; Exit Mengangkat Isu Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif Honey Trap, siri ini membawa pendekatan lebih segar dalam genre perisikan.

Berbanding KUDETA yang menonjolkan konflik politik besar-besaran, Honey Trap menyentuh sisi peribadi dan psikologi, termasuk isu kesihatan mental di tempat kerja, manipulasi kuasa, serta dilema moral dalam dunia korporat dan perisikan.

“Watak utama wanita, naratif yang emosional, serta pendekatan lebih empatik menjadikan naskhah ini unik dan menyentuh hati,” katanya.

Pengarah Imran Sheik pula berkongsi bahawa inspirasi utama siri ini datang daripada pengalaman peribadi menjaga ahli keluarga yang menghidap skizofrenia.

Beliau ingin memberikan perspektif yang lebih manusiawi terhadap pesakit mental, khususnya mereka yang tetap memiliki kekuatan luar biasa untuk menyumbang dalam peranan besar seperti seorang perisik.

Menambah nilai kepada penerbitan ini, Honey Trap turut menampilkan kerjasama strategik dengan Goodday Charge susu diperkaya

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Menjawab Mengapa iPad Tidak Menggunakan macOS.

HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025): Tablet Andalan Profesional Dengan Pengalaman Setaraf Komputer Peribadi