Seperti diketahui iPhone 16 akan dilancarkan pada 10 September ini. Timbul persoalan dalam kalangan warga maya mana satu releven untuk dibeli.
iPhone 15 Pro atau iPhone 16?
iPhone 16 merupakan model dalam segmen sederhana (mid-range).
Model ini menggunakan spesifikasi sedikit rendah dengan bahan binaan kurang premium berbanding iPhone 16 Pro yang tergolong dalam segmen andalan (flagship).
Mengapa bangkitkan isu ini?
Setiap tahun saya menerima soalan sama dalam kalangan warga maya.Sebelum terlambat, maka saya zahirkan pandangan tentang perkara ini sebelum nasi sudah menjadi bubur.
Perlu diingatkan, sebaik iPhone 16 dilancarkan secara automatik iPhone 15 Pro ditamatkan jualan.Tidak dinafikan model tersebut masih dijual namun harga jualan tidak serendah sekarang, sekadar penghabisan stok semata-mata.
Penamatan iPhone 15 Pro adalah amalan biasa untuk melariskan iPhone 16 Pro.
Harga jualan iPhone 15 Pro di Shopee dan Lazada adalah seperti berikut :
iPhone 15 Pro
RM4,384.19 (RM5,499)
Shopee : https://s.shopee.com.my/5ppC9jktuu
Lazada : https://s.lazada.com.my/s.l7vZn
iPhone 15 Pro Max
RM 5,104.19 (RM6,499)
Shopee : https://s.shopee.com.my/2VYkBgQlxB
Lazada : https://s.lazada.com.my/s.l7vg6
Melihat kepada harga promosi, sudah pasti jauh lebih berbaloi berbanding membeli iPhone 16 segmen sederhana.
iPhone 16 dijangka dijana dengan pemproses A18, Ingatan Capaian Rawak sebesar 8GB, dwi-lensa kamera, Pepulau Dinamik, Butang Tindakan (Action Button), serta sokongan Apple Intelligence.
Perbezaan ketara dengan iPhone 15 Pro hanyalah cip pemprosesan. Saya percaya A18 tidak begitu drastik prestasi berbanding A17 Pro dan dijangkakan kelajuan CPU boleh capai 15% hingga 35% manakala GPU sekitar 40% hingga 60%.
Tidak dapat dipastikan A18 nanti akan mempunyai prestasi sama untuk segmen asas dan Pro.Jika sebaliknya, saya jangka prestasi A18 tidak begitu ketara dengan A17 Pro.
Jika dibezakan antara iPhone 15 dan iPhone 14 Pro, mana satu pilihan anda? Begitu juga iPhone 13 Pro dengan iPhone 14, mana satu pilihan anda?
Itulah yang saya terjemahkan dalam penulisan kali ini. Kadangkala kita menantikan yang baharu sedangkan yang ada depan mata lebih baik.
Saya noktahkan perkara ini memandangkan harga iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sedang jatuh.Kebiasaannya selepas pelancaran iPhone baharu, harga iPhone tidak serendah sekarang.
Guna peluang keemasan ini untuk mendapatkan iPhone terbaik pada harga rendah dan berbaloi berbanding iPhone 16.Saya berbicara tentang iPhone 16 dan iPhone 16 Plus. Jika dibandingkan dengan iPhone 16 Pro sudah pasti jauh lebih berbaloi berbanding iPhone 15 Pro.
Saya ramal harga jualan iPhone 16 berlegar sekitar RM4,399 dan iPhone 16 Plus, RM4,899.
Berikut perbezaan harga :
iPhone 16 : RM4,399*
iPhone 15 Pro : RM4,384.19
iPhone 16 Plus : RM4,899*
iPhone 15 Pro Max : RM5,104.19
Kita boleh lihat perbezaan harga tidak jauh beza malah iPhone 15 Pro lebih baik berbanding iPhone 16 dari segi spesifikasi dan bahan binaan.Jika mahukan yang gede ambil iPhone 15 Pro Max berbanding iPhone 16 Plus. Jika sederhana ambil iPhone 15 Pro berbanding iPhone 16.
*Ramalan
Mengapa saya kongsi perkara ini sekarang?
Kebiasaannya sebaik iPhone 16 dilancarkan, harga promosi bakal ditamatkan dan kita tidak akan memperoleh lagi diskaun yang begitu tinggi.
Maka adalah yang ku lihat barang suatu pekerjaannya perkataanya dan kepandaianya dan bangun-bangun orangnya dan budi bahasanya, jikalau tiada salah fahamku bahawa dapat tiada ia ini orang-orang besar atau pandai, dan lagi dengan besar himmahnya.
SEKADAR PANDANGAN