KUALA LUMPUR, 24 Julai 2025 – Selepas pelancaran global yang dinanti-nantikan di Dubai, HUAWEI secara rasmi melancarkan HUAWEI Pura 80 Series di Malaysia hari ini.
Siri ini mewakili satu lonjakan besar dalam dunia fotografi mudah alih dan rekaan bergaya tinggi. Terdiri daripada dua model utama, HUAWEI Pura 80 Pro dan HUAWEI Pura 80 Ultra, siri ini menggabungkan teknologi kamera terkini dengan seni ketukangan yang halus serta inovasi pintar.

Mengangkat semula falsafah reka bentuk HUAWEI dan kepakaran dalam pengimejan, Pura 80 Series dicipta khas untuk pengguna yang mahukan gabungan prestasi hebat dan gaya eksklusif. Ia menampilkan teknologi terkini, integrasi AI canggih serta sentuhan rekaan yang elegan dan menawan.

Reka bentuknya yang terserlah dengan Dazzling Forward Symbol menjadi simbol gaya dan inovasi tersendiri.
Model Pura 80 Ultra hadir dalam warna Prestige Gold dan Golden Black, manakala Pura 80 Pro tampil dalam warna Glazed Red, Glazed White, dan Glazed Black, semuanya dengan kemasan berkilat mewah yang mencerminkan keanggunan dan kemodenan.

Pura 80 Ultra mencipta sejarah sebagai telefon pintar pertama di dunia dengan sistem Switchable Dual Telephoto Camera gabungan lensa telefoto 3.7x dan super telefoto 9.4x dalam satu struktur optikal. Dilengkapi sensor besar 1/1.28 inci, ia mampu menghasilkan zum optik sebenar dengan kejelasan tinggi dalam apa jua pencahayaan.

Lebih mengagumkan, kamera 50MP Ultra Lighting HDR pada Pura 80 Ultra menawarkan julat dinamik sehingga 16EV hampir setanding kamera sinematik profesional dengan apertur berubah dari F1.6 ke F4.0.

Teknologi Triple Light Enhancement HUAWEI pula membolehkan rakaman video berkualiti tinggi walaupun dalam suasana cahaya mencabar seperti waktu malam atau latar belakang terang.

Model Pura 80 Pro tidak kurang hebatnya, menampilkan Ultra Lighting Camera bersaiz 1 inci yang mampu mengendalikan pelbagai suasana cahaya dengan cemerlang.
Ia turut dilengkapi kamera Ultra Lighting Macro Telephoto dengan apertur F2.1 yang membolehkan rakaman makro jarak dekat (sehingga 5cm) dan zum dari 4x sehingga 100x sempurna untuk merakam butiran halus seperti titisan air atau tekstur objek kecil.



Lebih daripada sekadar kamera, siri ini juga menawarkan pengalaman pintar dengan AI Smart Controls Button akses segera kepada fungsi kegemaran seperti kamera atau lampu suluh, lengkap dengan keselamatan cap jari.
AI Noise Cancellation pula memastikan panggilan telefon sentiasa jelas, walaupun dalam suasana bising.Paparan HUAWEI X-True Display™ yang sangat terang mencapai tahap kecerahan sehingga 3000 nits dengan kadar segar semula adaptif 120Hz, memberikan pengalaman tontonan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Dikuasakan bateri 5170mAh dengan pengecasan pantas 100W SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar 80W, siri ini menjanjikan prestasi sepanjang hari.Model Pura 80 Ultra juga dilindungi oleh Kaca Kunlun Armor Generasi Kedua yang 16 kali lebih tahan calar dan 25 kali lebih tahan jatuh berbanding sebelumnya.

Bagi Pura 80 Pro, ia hadir dengan kaca Kunlun generasi terkini yang 20 kali lebih kukuh berbanding kaca biasa.Siri HUAWEI Pura 80 menyokong aplikasi penting melalui AppGallery, memberikan pengalaman memuat turun yang selamat dan lancar.

Kempen Jualan Siri HUAWEI Pura 80 2025 akan berlangsung dari 2 Ogos hingga 31 Disember 2025. Pembeli mana-mana model dalam tempoh ini berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,978*. Tertakluk kepada stok dan syarat di semua kedai rasmi dan platform atas talian HUAWEI.

Pra-tempahan kini dibuka di HUAWEI Experience Store, laman web rasmi, Shopee, Lazada dan TikTok Shop rasmi HUAWEI, dengan harga bermula dari RM4,599 bagi Huawei PURA Pro dan RM6,599 bagi Huawei PURA Ultra.

Pelanggan turut akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428, termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan langganan HUAWEI Care+ selama satu tahun.
Untuk maklumat terkini dan promosi menarik, sila layari laman web rasmi HUAWEI, atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi HUAWEI.