in , ,

Huawei Berjaya Merampas Kedudukan Kedua Dari Apple Bagi Pasaran Telefon Pintar

Akhirnya setelah sekian lama Apple berada di kedudukan kedua dalam penguasaan telefon pintar dunia.Akhirnya Apple terpaksa akur di mana Huawei telah berjaya merampas kedudukan Apple selaku pemain industri kedua dalam pasaran telefon pintar dunia.

Kenyataan ini telah disokong dengan laporan yang dikeluarkan oleh IDC bagi suku kedua tahun 2018 yang berakhir 31 Julai 2018.Berdasarkan rekod, Huawei mereka mencatatkan peningkatan yang sangat drastik iaitu 40.9% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya iaitu 54.2 juta unit 41.3 juta unit sahaja.

Peningkatan ini didorong dengan permintaan yang positif pada telefon pintar flagship mereka termasuklah model P20/P20 Pro dan Honor.Selain itu, tanda harga yang dijual oleh Huawei yang tidak terlalu tinggi bagi versi flagship mereka meningkatkan permintaan terhadap telefon pintar mereka.

Bagi Apple pula mereka terpaksa akur untuk berada di kedudukan ketiga dengan jualan sebanyak 41.3 juta unit naik sebanyak 0.7% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.Hal ini berkemungkinan akibat dari peningkatan harga bagi model iPhone X yang menyebabkan pengguna lebih memilih jenama lain selain Apple.

Lagi artikel di ifon.my  Kos Penghasilan iPhone Xs Max 256GB Adalah Sekitar RM1,834.00

Samsung juga dilihat berada dalam kedudukan yang kurang selesa walaupun masih mencatat jualan yang tertinggi iaitu 71.5 juta unit. Namun, dari segi peratusan ia dilihat telah merosot sebanyak 10.4% berbanding tahun sebelumnya.

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh kelemahan permintaan pada model Samsung Galaxy S9/Plus seperti mana yang dilaporkan sendiri oleh mereka.

Samsung semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa keuntungan operasi mereka pada model Samsung Galaxy S9/Plus telah merosot sebanyak 34%.Xiomi pula telah mencatatkan peningkatan jualan tertinggi iaitu sebanyak 48.8% berbanding tahun yang sama.

Ini besar kemungkinan disebabkan oleh harga jualan yang rendah dan polisi syarikat mereka yang hanya mengambil keuntungan yang sangat minima mengakibatkan harga bagi setiap model mereka sangat rendah berbanding pesaing yang lain.

Konklusinya, jualan bagi suku kedua tahun 2018 nampaknya dimiliki oleh Xiomi dan Huawei yang masing-masing mencatat pertumbuhan yang sangat baik berbanding jenama telefon pintar lain.

Lagi artikel di ifon.my  Celcom Menawarkan Apple Watch Siri 3 PERCUMA Kepada Pelanggan Bertuah

Pengaruh Apple juga selaku pemain industri telefon pintar dunia nampaknya semakin terkesan akibat dari penghasilan produk yang tidak berinovasi.

Saya berpandangan Apple akan berjaya merampas kembali kedudukan dari Huawei bagi suku ketiga tahun ini memandangkan mereka bakal melancarkan tiga model baru bagi iPhone mereka.

Namun, jika tanda harga bagi jualan ini terlalu tinggi ia sedikit sebanyak akan memberi impak besar dalam jumlah permintaan pada produk mereka.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber:IDC

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone X Mempunyai Susut Nilai Yang Terendah Berbanding Model Sebelumnya.

Twitter Bakal Menghentikan Sokongan Kemaskini Pada iOS 9