in

Penundaan Produk Apple Di Era Tim Cook Lebih Tinggi Berbanding Steve Jobs

Umum mengetahui bahawa setiap kali acara WWDC atau Acara Khas Apple, pelbagai produk dilancarkan. Ada kalanya produk tersebut dijual dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran dan ada di pra tonton terlebih dahulu sebagai mukadimah kepada produk masa depan.

Antara produk yang di pra tonton termasuklah Mac Pro dan Apple AirPower. Secara kebiasaannya produk ini hanya diberikan sedikit maklumat dan tidak menyatakan secara jelas tarikh penjualan.

Dan ada juga produk yang ditetapkan tarikh jualan namum ditunda atas faktor yang tidak dinyatakan oleh pihak Apple.

Wall Street Journal baru-baru ini telah mengeluarkan laporan di mana penundaan produk di zaman Tim Cook adalah lebih tinggi berbanding era Steve Jobs.

Lagi artikel di ifon.my  IDC: Apple Mengukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Peranti Boleh Pakai Bagi Suku Keempat Tahun 2018

apple-ceo-tim-cook_77373190-e837-11e6-a2d8-09470c086dd7

Menurut laporan jumlah penundaan produk di era Tim Cook adalah dua kali ganda berbanding Steve Jobs. Ini dibuktikan dimana lima (5) daripada 70 produk baharu atau kemaskini telah ditunda dalam tempoh tiga (3) bulan atau lebih. Manakala 9 produk telah ditunda dari satu (1) ke tiga (3) bulan.

1_SLQk_We_Whrmki_Y7_Az_VB_l-_A

Di era Steve Jobs hanya satu (1) sahaja produk yang ditunda lebih dari tiga (3) bulan. Manakala tujuh (7) ditunda dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) bulan sebaik pelancaran produk.

Apple-_Air_Power-_Matte-1

Apple AirPower

Apple Watch,AirPod,Home Pod dan AirPower antara produk yang mengambil masa yang lama untuk berada di pasaran

Walaupun kita melihat Tim Cook seolah gagal dalam memasarkan produk dalam tempoh yang sepatutnya, namun kepimpinan beliau dalam Apple telah berjaya memadam rekod buruk ini.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 11 Sistem Operasi Paling Bermasalah Dalam Sejarah iOS.

Penganalisis Tersilap Jangka Harga iPhone 9, iPhone X dan iPhone XS Max