in ,

One Billion Customer, Can Anyone Catch The Cell Phone King?

Inilah kenyataan dari majalah paling popular di dunia, Forbes. Majalah ini diterbitkan pada bulan November 2007, iaitu beberapa bulan selepas Apple melancarkan iPhone generasi pertama.

Nokia pada ketika itu lebih memfokuskan telefon selular manakala Apple memfokuskan telefon pintar.

118414791imagennokia1100114924175361493665339
Nokia 1100

Mengikut rekod, Nokia masih berada di kedudukan pertama dan kedua dalam jumlah jualan bagi telefon bimbit iaitu sekitar 250 juta unit bagi kedua-dua model Nokia 1100 dan 1110

Manakala Apple berada di tempat ketiga dengan jumlah jualan bagi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus iaitu sekitar 220 juta unit.

i_Phone6-_Sp_Gry-_Pure_Angles_WW-_EN-_SCREEN
iPhone 6

Berikut merupakan kedudukan terkini telefon bimbit paling popular di dunia mengikut laporan dari Wikipedia.

1- Nokia (250 juta unit – Nokia 1100)
2- Nokia (250 juta unit – Nokia 1110)
3- Apple (220 juta unit – iPhone 6/Plus)
4- Nokia (160 juta unit – Nokia 3210)
5- Nokia (150 juta unit – Nokia 1200)

Lagi artikel di ifon.my  Apple Watch SE GPS Model A2352 Telah Mendapat Kelulusan Untuk Jualan

Jika diundur kembali masa, Nokia merupakan antara jenama paling popular sekitar tahun 1999 hingga 2007 lebih-lebih lagi dengan sistem operasi Symbian yang semakin berkembang pada ketika itu. 

Antara perkara yang menarik yang hadir pada sistem operasi Symbian adalah sokongan format video 3GP yang boleh dikatakan agak popular pada ketika itu. 

Di Malaysia pasaran telefon pintar boleh katakan kurang meluas akibat keterbatasan perkhidmatan internet yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi. 

Namun perkembangan 3G dan 4G telah merubah landskap dalam dunia teknologi di Malaysia di mana kebanyakan pengguna mula membeli telefon pintar berbanding telefon bimbit biasa. 

Tahukah anda hasil yang diperoleh oleh Nokia pada tahun 2007 adalah sekitar USD 74.5 billion berbanding Apple yang hanya memperoleh sekitar USD24.01 billion.

Lagi artikel di ifon.my  Semua Produk Apple Tidak Dikenakan Sebarang Cukai SST Buat Masa Ini

Namun, pada hari ini semuanya berubah Apple terus berkembang menjadi syarikat berstatus Trilion manakala Nokia telah musnah dan sekarang dimiliki oleh HMD. 

Huawei juga nampaknya terus menempa nama dalam industri telefon pintar. Jika dilihat, syarikat ini mula meningkat naik hingga mampu merampas kedudukan dari Apple dalam penguasaan telefon pintar dunia. 

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mengapa Apple Sering Gunakan Nama John Appleseed?

iOS 12 Meningkatkan Prestasi iPhone 5S