Seperti diketahui, BigPay merupakan salah satu medium pembayaran yang popular pada ketika ini memandangkan ia lebih mudah, cepat dan selamat. Saya telah memperincikan mengapa kad BigPay ini memberi banyak manafaat kepada anda sebaik menggunakannya. Sila klik pautan Kad BigPay Medium Pembayaran Terbaik.
Terkini, BigPay telah memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu BigPay x Alipay iaitu salah satu kaedah penghantaran wang terus ke China dan proses hanya mengambil masa 15 minit berbanding kaedah tradisional yang memakan masa satu hingga dua hari bekerja.
Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah caj pemindahan adalah berkadaran tetap iaitu RM23.00 tanpa sebarang caj tersembunyi. Ini bermakna semakin banyak wang yang anda pindahkan, semakin jimat anda menggunakan BigPay x Alipay .
Saya percaya ramai dalam kalangan Penjual di Malaysia sering berurusan dengan Pembekal di China, kebiasaanya proses pembayaran mungkin mengambil masa satu hingga dua hari bekerja. Maka dengan BigPay x Alipay, Pembekal di China tidak perlu menunggu lama untuk mengesahkan bayaran yang dipindakan oleh anda.
Antara perkara yang perlu anda lakukan sebelum proses pemindahan, anda harus mendapatkan ID Alipay dan nama penerima, dan buat pemindahan melalui aplikasi BigPay. Berita baik bagi pengguna yang ingin membuat pemindahan wang untuk kali pertama, tiada caj akan dikenakan. Maklumat lanjut boleh tekan pada pautan BigPay x Alipay
Anda juga boleh memantau kadar tukaran wang yang ditetapkan oleh BigPay dengan menyertai Telegram BigPay.
Sekiranya anda belum mendaftar sebagai ahli BigPay, anda boleh ikuti kaedah berikut:
Muat Turun Aplikasi BigPay
App Store (iOS) : KLIK UNTUK MUAT TURUN
Play Store (Android) : KLIK UNTUK MUAT TURUN
Lengkapkan Butiran Pendaftaran
Isi maklumat, nombor telefon serta memuat naik gambar kad pengenalan untuk verifikasi. (Nota: BigPay telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk operasi, sila rujuk pengesahan di laman Bank Negara)
Masukkan kod referal : PCXAVIERBP (RM10.00 akan dimasukkan ke akaun BigPay anda secara PERCUMA)
Tambah Nilai
Pendaftaran kad BigPay adalah PERCUMA, namun anda perlu tambah nilai RM20.00 untuk melengkapkan syarat pendaftaran.
Pengesahan dan Penghantaran Kad
Setelah proses verifikasi dan RM20.00 telah dimasukkan, tunggu kad BigPay anda sampai dalam tempoh 5 hari bekerja. Apabila kad sampai, anda perlu memasukkan nombor CVV yang diberikan dan anda boleh menggunakan kad BigPay dengan baki di dalam kad sebanyak RM30.00 termasuk RM10.00 kod referal PCXAVIERBP yang anda masukkan.
Melalui kad BigPay, anda boleh membeli belah, mengisi petrol, membeli makanan dan membuat bayaran secara dalam talian asalkan kedai atau laman web menerima pembayaran secara kad kredit atau debit.
Kad BigPay adalah kad pra bayar, bermakna ia lebih selamat berbanding kad debit yang terus berhubung dengan akaun simpanan bank anda,