in ,

iPhone 16e Segmen “Mampu milik” Golongan Ningrat

Minggu ini Apple telah melancarkan iPhone 16e yang merupakan keluarga baharu bagi iPhone 16. Tiada kenyataan rasmi mengesahkan iPhone 16e pengganti iPhone SE. Tapi saya menganggap kedua-duanya berada dalam segmen berbeza.

Seperti dijangka, iPhone 16e menggunakan pemproses A18 serta Ingatan Capaian Rawak sebanyak 8GB untuk membolehkan Apple Intelligence diaktifkan.

Ini sekali gus, memberi kesan terhadap sambutan iPhone 15 memandangkan ia tidak menyokong Apple Intelligence.Sewaktu peluncuran iPhone 16e, beberapa model iPhone seperti iPhone 14, iPhone 14 Plus dan iPhone SE (Generasi Ketiga) telah ditamatkan jualan.

Sekali gus legasi iPhone yang menggunakan port Lightning serta Touch ID sudah lenyap.Kini dua keluarga iPhone sahaja dijual secara rasmi iaitu:

iPhone 16 Pro Max
iPhone 16 Pro
iPhone 16 Plus
iPhone 16
iPhone 16e

iPhone 15 Plus
iPhone 15

Jika kita bezakan antara iPhone 16e dengan model iPhone 16 yang lain, sudah semestinya iPhone 16e berada paling bawah.

Kendatipun begitu, model ini mempunyai kelebihan dari segi hayat bateri serta cip C1 yang merupakan modem selular pertama buatan Apple.Apple membelanjakan berbilion serta tujuh tahun dalam membangunkan modem selular.

Malangnya mereka tidak memberi penjelasan yang terperinci tentang kelebihan dan keistimewaan C1 berbanding modem selular daripada Qualcomm.Kekurangan info berhubung modem selular, mengekalkan pandangan saya bahawa iPhone 16e dalam kategori paling rendah.

Lagi artikel di ifon.my  Pemerintah Indonesia Sekat Penjualan iPhone 16?

Namun, jika dibezakan dengan iPhone 15 saya cenderung untuk anda memilih iPhone 16e.iPhone 15 dijual pada harga bermula RM3,499 manakala iPhone 16e, RM2,999.

iPhone 15 dijana dengan A16 Bionic, manakala iPhone 16e A18 yang pasti memberi kelebihan kepada model terbaru.Sokongan Apple Intelligence bagi iPhone 16e bagi saya penamat untuk memilih iPhone 16e berbanding iPhone 15.

Saya akui Apple Intelligence tidak digunakan oleh kebanyakan orang.Embuh-embuhan begitu, Apple mula memfokuskan kepada dunia kecerdasan buatan (AI) yang pastinya sesuatu yang menarik akan disajikan beberapa tahun mendatang.

Kelebihan yang ada pada iPhone 15 seperti Pepulau Dinamik, MagSafe serta kamera tidak mencukupi untuk memilih model ini.Saya akui ramai zahirkan kekecewaan sebaik harga iPhone 16e diumumkan.

Apple pandai untuk meracuni segelintir peminatnya dengan menamatkan segmen ‘SE’ dan perkenalkan segmen ‘e’ yang sebelum ini tidak pernah wujud.Jika Apple gunakan nama SE sudah pasti ramai tidak berpuas hati memandangkan segmen tersebut tertumpu kepada iPhone mampu milik.

Kini iPhone 16e boleh dikatakan sebuah iPhone mampu milik bagi golongan ningrat.Jika anda mencari iPhone, tiada pilihan lain kecuali iPhone 16e jika mencari pada harga yang rendah.

Namun, jika dapat mencari iPhone 15 Pro baharu pada harga yang lebih baik. Fokus pada model ini.Sangat janggal Apple perkenal lima model iPhone 16 semata-mata mahu meningkatkan jualan.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 16 Pro Titanium Padang Pasir Paling Popular

Jualan bagi iPhone dilihat sedikit suram walaupun Apple menggunakan Apple Intelligence sebagai strategi pemasaran.Mempertaruhkan iPhone 16e saya percaya sambutan terhadap model ini menggalakkan walaupun ramai meluahkan kekecewaan.

Jika anda pengguna iPhone 11 ke bawah, digalakkan untuk menaik taraf ke iPhone 16e.Bulan September ini iPhone 17 akan diperkenalkan. Menariknya semua model dalam segmen sederhana (mid-range) bakal menyokong kadar segar semula 120Hz atau 90Hz buat pertama kalinya.

Setakat ini, info tersebut hanya khabar angin dan jangan ambil bulat-bulat.Jika direalisasikan, maka boleh tangguh sehingga iPhone 17 jika telefon anda masih berfungsi dengan baik.

Jika anda tanya pandangan terhadap iPhone 16e. Bagi saya ia sebuah model yang menarik kepada sesiapa yang mahu mencari iPhone pada harga yang berpatutan. Walakin begitu, saya kurang bersetuju dengan Apple kerana sanggup menggantikan nama SE kepada ‘e’ semata-mata mahu menaikkan tanda harga.

Telah saya nyatakan berkali-kali, Apple tidak seperti dulu yang fokus pada inovasi.

Jika terasa dura, carilah sungai sebagai petunjuk, sebelum guntur sambar menyambar, lekas pulang, sebelum gelap. Begitulah coretan ku, lahir dari isi kalbuku, coretan yang menggambarkan pandangan dari kaca mata semesra, yang mungkin baik buatku, bheda bagimu – Xavier Naxa

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Wantugo Bakal Jadi Filem “Squid Game” Malaysia?