in

Samsung Galaxy S10 Plus Berjaya Menewaskan iPhone XS Max Bagi Ujian Prestasi

iPhone sinonim dengan kepantasan cip pemprosesan mereka hingga tidak mampu dicabar oleh mana-mana pesaing termasuklah Qualcomm Snapdragon, Exynos dan Kirin.

Apa yang membuatkan iPhone tampak hebat adalah sistem pengurusan memori yang terbina dalam iOS. Umum mengetahui bahawa iPhone 5S yang mempunyai RAM 1GB masih mampu menyokong iOS 12.

Walaupun iPhone boleh dikatakan antara telefon pintar yang mempunyai sistem pengurusan memori yang terbaik, saya terpanggil untuk mengulas berhubung keputusan yang diperoleh dari saluran YouTube Phonebuff di mana beliau telah membuat perbandingan antara iPhone XS Max dan Samsung Galaxy S10 Plus.

Perbandingan ini menjurus kepada kecepatan sesebuah telefon pintar dalam membuka aplikasi.

Berdasarkan video berdurasi 5 minit 23 saat, pada permulaan ujian, iPhone XS Max telah mendahului Samsung Galaxy S10 Plus, namun pada sesi kedua iPhone XS Max telah ketinggalan yang mana Samsung Galaxy S10 Plus mencatat masa 2 minit 25 saat berbanding iPhone XS Max yang mencatat masa 2 minit 41 saat

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan

Keputusan yang boleh dianggap mengejutkan ini didorong oleh sistem kecerdasan buatan yang terbina dalam Samsung Galaxy S10 Plus yang membolehkan telefon pintar tersebut mengenalpasti aplikasi yang sering digunakan.
Walaupun ujian yang dibuat ini tidak menyeluruh, namun sedikit sebanyak ia memberi gambaran bahawa iPhone XS Max bakal dipintas oleh jenama-jenama lain memandangkan model baharu bagi iPhone akan diperkenalkan sekitar September 2019.

Berikut kedudukan telefon pintar yang mempunyai prestasi terbaik menurut Phonebuff

  1. Samsung Galaxy S10 Plus
  2. iPhone XS Max
  3. OnePlus 6T
  4. iPhone XR
  5. Note 9
  6. Huawei Mate 20 Pro
  7. Samsung Galaxy S9 Plus
  8. OnePlus 5T
  9. HTC U11
  10. Huawei Mate 10 Pro

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  Prestasi Note 9 Masih Gagal Mengatasi iPhone X

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melancarkan iPad Mini Dan iPad Air Terbaharu

Microsoft Semakin Hampir Untuk Menjadi Syarikat Yang Mencapai Modal Pasaran $1 Trilion