in ,

Temu bual Pelakon : Wantugo Sebuah Filem Berkonsep Battle Royale?

Minggu lepas kru saya hadir ke set pembikinan filem Wantugo yan merupakan sebuah filem diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad(Labu) di bawah syarikat produksi Infinitus Productions Sdn Bhd dan penulis dari Astro Shaw iaitu Ashraf Modee Zain dalam menjayakan filem ini.

Wantugo mengisahkan Zak dan ‘The Clique’ tiba di sebuah taman tema terbiar dan  terjumpa dengan ‘Game Master’ yang menerangkan kepada mereka tentang tiga pusingan permainan maut. Zak dan rakannya sedar yang permainan ini mengingatkan mereka tentang kejadian lalu yang melibatkan rakan kolej mereka Luqman. Keadaan menjadi tegang antara ‘The Clique’ apabila mereka saling menyalahkan satu sama lain.

Wantugo dibarisi pelakon berbakat termasuk Zul Ariffin yang memegang watak Khalif, Sein Qudsi (Azam), Meerqeen (Zak), Sky Iskandar (Irfan), Daiyan Trisha (Emylia), Elizabeth Tan (Isabelle), Nia Atasha (Gee), Yusof Hashim (Harris) dan Arfie Shah (Luqman). 

Wantugo kelihatan mengambil konsep Squid Game atau Battle Royale, Kendatipun begitu, menurut temu bual bersama barisan pelakon. Plot penceritaan tidak menzahirkan tentang Escape Room atau Squid Game. Filem ini menggunakan idea serta kreativiti daripada Pengarah untuk menterjemah sesuatu yang belum pernah dipersembahkan di Malaysia. 

Lagi artikel di ifon.my  Gladiator II : Pertarungan Penuh Epik

Pihak kami diberi peluang oleh Astro Shaw untuk menemu ramah semua pelakon yang menjayakan filem ini. Soalan pertama kami tuju kepada Merqeen yang memegang watak sebagai Zak, adakah dia mengambil sedikit karektor dari mana-mana filem dalam Squid Game atau filem lain.

Selain Merqeen, kita semua tahu Sein Qudsi banyak menumpukan kepada Pengarah dan Penulis Skrip. Memandangkan dia mempunyai banyak pengalaman, adakah dia turut membantu dalam belakang tabir?

Klik pautan INI untuk mengetahui jawapan kedua-dua pelakon

Soalan seterusnya diajukan kepada Elizabeth Tan , Nia Atasha berhubun cabaran dan pengalaman memegang watak sebagai Isabelle dan Gee. Menariknya ini merupakan watak paling mencabar oleh Elizabeth Tan yang memegang sebagai ibu mengandung dan berbeza dengan filem-filem yang dilakonkan sebelum ini.

Ikuti jawapan mereka berdua : Klik di SINI

Setelah menumpukan kepada dunia nyanyian selama setahun lebih, Daiyan Trisha telah bersedia untuk kembali ke set penggambaran dan keakraban antara dia dengan Elizabeth Tan sangat baik memandangkan dalam filem Wantugo, Daiyan Trisha memegang watak Emylia yang mempunyai hubungan pertalian dengan Isabelle.

Lagi artikel di ifon.my  Bisikan Dosa Penuh Kejutan

Berikut jawapan Daiyan Trisha. Klik di SINI

Bekerja dengan seorang Pengarah berbakat seperti Nurhanisham Muhammad(Labu) merupakan satu peluang keemasan dan Yusof Hashim (Harris) dan Arfie Shah (Luqman) menzahirkan pengalaman bekerja dengan Nurhanisham dan untuk Arfie Shah ia merupakan pengalaman kedua selepas drama bersiri X-Change terbitan Astro.

Berikut komen kedua-dua pelakon. Klik di SINI

Filem Wantugo nampaknya lebih menarik dengan kehadiran Zul Ariffin yang memegang watak Khalif. Saya boleh katakan Zul Ariffin seorang pelakon senior dalam kalangan pelakon-pelakon lain. Adakah Zul Ariffin masih memerlukan rujukan dalam menjiwai watak dalam Wantugo?

Ini komen Zul Ariffin. Klik di SINI

Wantugo bakal terjah layar perak pada penghujung 2025 dan berdurasi 90 minit dengan lokasi penggambaran di buat di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Alamanda Putrajaya Menampilkan Wajah Baharu

The Monkey Filem Ngeri Zahir Keterujaan