U Mobile Jadi Penaja Penyiaran Rasmi Piala Dunia FIFA 2026™ di RTMKlik
Demam bola sepak bakal kembali memuncak, dan kali ini U Mobile mahu memastikan rakyat Malaysia tidak terlepas walau satu detik pun daripada kejohanan terbesar dunia. Sebagai penaja penyiaran rasmi Piala Dunia FIFA 2026™ di RTMKlik, syarikat telekomunikasi itu akan membawa kesemua 104 perlawanan terus ke skrin pengguna di seluruh negara.

Lebih menarik, semua pelanggan U Mobile sama ada pengguna mudah alih mahupun jalur lebar boleh menebus ULTRA Football Pass secara percuma. Pas khas ini menawarkan data tanpa had pada kelajuan tanpa had setiap hari untuk menonton kesemua aksi Piala Dunia FIFA 2026™ menerusi RTMKlik, sekali gus membolehkan peminat mengikuti setiap perlawanan di mana sahaja mereka berada.
Bukan itu sahaja, U Mobile turut memperkenalkan ULTRA Football Fest yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif sepanjang kempen berlangsung. Hadiah utama yang menjadi tumpuan ialah ULTRA Dream Football Tour bernilai RM250,000, iaitu pakej percutian bola sepak ditanggung sepenuhnya untuk seorang pemenang bersama tiga rakan atau ahli keluarga ke beberapa bandar bola sepak paling ikonik di dunia.
Selain itu, pelanggan turut berpeluang memenangi ubah suai ruang tontonan rumah bernilai RM50,000, telefon pintar Samsung Galaxy S26 Ultra, televisyen pintar Samsung 65 inci serta jersi rasmi pasukan yang bertanding pada Piala Dunia FIFA 2026™.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna U Mobile, Navin Manian, kerjasama ini merupakan satu pencapaian penting buat syarikat itu sebagai penyedia rangkaian 5G terbaharu negara. Ia juga menjadi bukti komitmen U Mobile dalam mendekatkan rakyat Malaysia dengan acara sukan paling berprestij di dunia melalui pengalaman penstriman yang lancar serta pelbagai ganjaran menarik.
Ringkasnya, jika anda seorang peminat bola sepak, kempen ini menjadikan U Mobile antara pilihan paling menarik sepanjang musim Piala Dunia FIFA 2026™. Daripada penstriman percuma sehinggalah peluang memenangi pengalaman bola sepak impian, semuanya direka untuk menjadikan sambutan kejohanan kali ini lebih meriah dan bermakna.

