in ,

Acara Pelancaran iPhone 4S

Mungkin dikalangan anda masih menggunakan model generasi ke-5 ini.  iPhone 4S dilancarkan pada 14 Oktober 2011, walaubagaimanapun model ini mengambil masa dua bulan untuk sampai ke Malaysia.

iPhone 4S merupakan model pertama yang dilancarkan oleh Tim Cook setelah kematian  Steve Jobs iaitu 9 hari sebelum majlis ini berlangsung.

iPhone 4S juga merupakan peranti pertama yang hadir dengan sokongan iCloud dan SIRI di mana sehingga ke hari ini inovasi berkenaan masih bertahan.

iPhone 4S juga antara produk yang banyak menerima penambahbaikan berbanding model sebelumnya dimana ramai pengguna merungut dengan kualiti capaian selular.

Jika anda seorang pengguna iPhone 4 tentu sekali anda akan menerima masalah ini memandangkan teknologi dwi selular antena hanya dipraktikan pada model iPhone 4S.

Memandangkan pada waktu itu iPhone merupakan peranti paling diminati ramai, iPhone 4S telah berjaya menjual sekitar 4 juta unit dalam hanya 3 hari sahaja selepas pelancaran.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa Kamera iPhone Menjadi Sasaran Utama Semasa Mengambil Gambar? Budaya atau Realiti?

Video berdusari 42 minit 34 saat yang diambil dari youtube ini merupakan detik paling bersejarah Apple bagi melancarkan model iPhone 4S. Sekiranya anda belum mengenali Scott Forstall, adalah digalakkan menonton video ini.

Untuk makluman, Scott Forstall merupakan antara individu paling berpengaruh dalam pembangunan iOS. Namun beliau telah dilucutkan jawatan setelah Tim Cook mengambil alih Apple.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Berhati-hati Semasa Membeli iPhone Serta Aksesori

iPhone 2018 Bakal Hadir Dengan Storan 512GB Dan Bakal Menyokong Apple Pencil