in ,

iPhone 2018 Bakal Hadir Dengan Storan 512GB Dan Bakal Menyokong Apple Pencil

Firma analisis menjangkakan bahawa iPhone yang bakal dilancarkan pada September ini bakal menyokong Apple Pencil serta hadir dengan kapasiti storan 512GB.

Selain itu, mereka juga menjangkakan bahawa iPhone 6.1 inci bakal hadir dengan Face ID, Dwi-SIM dan dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar RM3,442.00.

Bagi iPhone 5.8 inci pula, tanda harga bagi model ini dijangka akan dijual sekitar RM4,479.00. Bagi iPhone 6.5 inci, ia bakal menyokong kapasiti storan 512GB dan turut menyokong dwi-SIM .

Bagi iPhone 5.8 inci dan iPhone 6.5 inci ia bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12 dan hadir dengan kapasiti RAM 4GB.

Bagi model 6.1 inci pula akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12 dan hadir dengan RAM 3GB.

Ketiga-tiga model iPhone ini bakal dilancarkan pada September 2018 dan dijangka akan dijua di Malaysia sekitar Oktober atau November ini.

Lagi artikel di ifon.my  Penganalisis Menjangka Sebanyak 350 juta unit iPhone Akan Dinaik Taraf Oleh Pengguna

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Apple Insider

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Acara Pelancaran iPhone 4S

Adakah Anda Tahu Bahawa Case iPhone Juga Memudaratkan?