in ,

Pasaran MacBook Jatuh Menjunam

Nampaknya tahun 2018 merupakan tahun yang kurang baik bagi Apple.

Jika baru-baru ini penguasaan pasaran bagi telefon pintar telah dirampas oleh Huawei, nampaknya pasaran bagi MacBook juga menghadapi saingan sengit dengan pengeluar yang lain. 

trendforce-2q18-notebooks
Data dari TrendForce

Berdasarkan data dari firma penyelidikan dari Taiwan TrendForce. Apple telah berjaya menjual produk Mac pada suku ketiga tahun 2018 sebanyak 3.72 juta unit terendah sejak tahun 2010. 

Iklan MacBook Baru

Dari segi penguasaan pasaran, Apple dijangka memegang sekitar 6.5% dalam pasaran bagi keseluruhan jualan bagi produk Mac jauh mengatasi anggaran sebelum ini iaitu 10%. 

Akibat dari kelemahan jualan pada produk Mac, penguasaan pada bagi ACER meningkat pada 8% dan Asus berada di tangga kelima iaitu sekitar 7.4%. 

Lagi artikel di ifon.my  Prototaip iPhone generasi pertama dijual di eBay dengan harga RM132 ribu
apple-macbook-charger-2015-port-usbc

Berdasarkan laporan ini, saya berpandangan faktor harga serta spesifikasi yang kurang berkuasa memaksa pengguna untuk beralih ke jenama PC yang lain. 

Pengguna juga besar kemungkinan menunggu produk Mac terbaru memandangkan sebelum ini pihak Apple telah memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan model baru bagi produk Mac. 

Sekiranya trend penurunan ini terus berlaku, kemungkinan Apple tidak mampu lagi untuk terus berada di tangga teratas sebagai jenama paling mahal di dunia. 

Memang tidak dinafikan tahun 2016,2017 dan 2018 boleh dikatakan tahun yang agak suram bagi Apple. Belum dipastikan mengapa Apple terlalu egois untuk memenuhi kehendak pengguna. 

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: TrendForce

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Goldgenie Membuka Pra Tempah Bagi 2018 Gold iPhone Xs – Billionaire Solid Gold edition

Apple Melepaskan iOS 12 Public BETA 6 Kepada Pengguna