in , , ,

Inkarnasi MacBook 12-Inci?

Beberapa jam lagi Apple bakal mengadakan majlis bagi pelancaran produk baharu. Setakat ini tidak dapat dipastikan apakah produk dan perkhidmatan yang akan dilancarkan. Namun berdasarkan khabar angin Apple bakal melancarkan produk Mac berteraskan ARM, AirPods Studio, AirTags dan pelancaran MacOS Big Sur.

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi pandangan yang pernah saya ulas beberapa bulan lepas. Walaupun tiada fakta sahih mengatakan Apple bakal melancarkan MacBook, namun saya percaya majlis kali ini memfokuskan MacBook atau iMac.

Setakat ini tidak dipastikan bagaimana rupa bentuk MacBook yang terbaharu ini. Saya berpandangan Apple bakal menggunapakai rekaan MacBook 12-inci. Umum mengetahui bahawa Apple telah menghentikan pengeluaran MacBook ini walaupun ia baru sahaja diperkenalkan.
new-macbook
Apple menghentikan pengeluaran MacBook 12-inci mungkin berkait rapat dengan pelancaran MacBook berteraskan ARM. Tidak dipastikan Apple bakal menggunakan cip pemprosesan Siri-A, Siri-AX atau Siri-AZ.

Lagi artikel di ifon.my  Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12

Apple telah memperkenalkan cip Siri-A pada iPad Air dan iPhone 12, manakala Siri-AZ pada iPad Pro (2020). Saya percaya Apple mungkin menggunakan Siri-AZ atau ada Siri lain di bawah produk Mac.

Dari segi harga, Apple sepatutnya menetapkan harga jualan yang lebih rendah memandangkan mereka tidak lagi bergantung kepada cip dari Intel. Namun Apple adalah Apple, agak mustahil untuk kita untuk mempercayainya.

Sekiranya benar Apple bakal memperkenalkan MacBook berteraskan ARM. Besar kemungkinan ia antara pembuka kepada lembaran baharu dalam pembanggunan Mac. Tidak mustahil Apple bakal memperluas pada model yang lain sekaligus memberi kesan negatif terhadap Intel.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 12 Mini Satu Pengorbanan Bagi Peminat Apple

Kuo: iPhone SE Plus Dilancarkan Seawal Suku Kedua Tahun 2021