in ,

Goldgenie Membuka Pra Tempah Bagi 2018 Gold iPhone Xs – Billionaire Solid Gold edition

Hari ini Goldgenie telah membuka pra tempah bagi 2018 Gold iPhone Xs – Billionaire Solid Gold edition. iPhone Xs ini dibuat khas dari pembuat barangan mewah yang berpangkalan di London. 

iPhone Xs ini merupakan iPhone yang bakal dilancarkan pada September ini. Setakat ini mereka menggunakan nama iPhone Xs bagi membezakan iPhone X yang dilancarkan pada tahun 2017. 

billionaire-ip11-box
billionaire-ip11-flat
billionaire-ip11-straight

iPhone Xs ini hadir dengan bahan binaan emas 18 karat dan dijual pada tanda harga sekitar RM521,042.90. 

Untuk melayakkan anda untuk membuat pra tempahan,anda perlu membayar deposit sebanyak 50% dari harga jualan. 

Sekiranya anda mementingkan gaya dan kemewahan, iPhone Xs – Billionaire Solid Gold edition semestinya menjanjikan satu kepuasan yang maksima. 

Klik disini untuk membuat penempahan

Lagi artikel di ifon.my  Apple: iPhone Xr Antara iPhone Paling Laris Sejak Ia Dilancarkan

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Goldgenie

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melepaskan iOS 12 BETA 8 Kepada Pembangun Perisian

Pasaran MacBook Jatuh Menjunam