in ,

iOS 12 Meningkatkan Prestasi iPhone 5S

Umum mengetahui bahawa iPhone 5S merupakan model iPhone paling minimum menerima kemaskini iOS 12. iPhone 5S merupakan iPhone generasi ke-7 yang dilancarkan pada 21 September 2013 dan bakal mencapai usia 5 tahun.

ios7-iphone5s-pf-3up_hero_print-100053400-large
iOS 7 Pada iPhone 5S

iPhone 5S merupakan peranti terawal menyokong sepenuhnya iOS 7 yang merupakan sistem operasi pertama di bawah kepimpinan Craig Federigi. 

Jika dilihat dari segi kronologi, iPhone 5S telah menerima sebanyak empat kali kemaskini bermula iOS 8, iOS 9, iOS 10 dan iOS 11. 

Semasa World Wide Developer Conference pada bulan Jun lalu, Craig Federigi telah membuat pengumuman bahawa iPhone 5S akan menerima kemaskini bagi iOS 12. 

iOS 12 memfokuskan kepada prestasi bagi model-model terdahulu yang mana iPhone 5S menjadi antara model paling difokuskan oleh Apple. 

i_OS-12-_Speed-i_Phone-6_WWDC18
Acara WWDC 2018

Walaupun iOS 12 masih diperingkat BETA, satu ujian telah dilakukan di mana iPhone 5S menunjukkan perubahan dari segi prestasi. 

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Bateri iPhone Anda Bermasalah Jika Kerap Bermain Game?

Berdasarkan ujian yang dibuat oleh iApple Bytes, iPhone 5S yang menjalankan iOS 12 BETA 8 mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding iOS 11.4.1 yang dijalankan pada model yang sama. 

Ujian prestasi pada iPhone 5S

Walaupun ujian pada iOS 12 dilihat agak positif berbanding iOS 11.4.1. Secara peribadi saya menasihatkan kepada pengguna iPhone 5S agar berhati-hati semasa mengemaskini iOS terbaru ini kelak. 

Sekiranya anda memakai iPhone 5S versi Locked Set (RSIM/TurboSIM) saya kurang mengalakkan anda untuk mengemaskini iOS 12. Sila dapatkan nasihat daripada penjual yang anda beli bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Begitu juga iPhone 5S yang pernah menukar sebarang komponen tiruan atau iPhone Refurbish set. Anda perlu berhati-hati semasa mengemaskini iOS 12 memandangkan pihak Apple amat menitikberatkan ketulenan alat ganti. 

Lagi artikel di ifon.my  Tatacara Membeli iPhone Terpakai

Telah banyak kes di mana iPhone mengalami kegagalan sebaik sahaja dikemaskini ke versi terbaru akibat dari masalah yang telah saya nyatakan. 

Secara kebiasaannya pihak Apple akan memperbaiki masalah ini pada kemaskini akan datang. Walau bagaimanapun, saya kurang mengalakkan anda untuk mengemaskini iOS 12 ini. 

IMG_0245

iPhone 5S juga jika dilihat hampir mencapai usia empat tahun. Sekiranya anda belum pernah menukar bateri iPhone. Saya mengalakkan anda menukar di Pusat Servis Apple yang sah pada harga RM349.00 bagi mengelakkan iPhone anda mempunyai jangka hayat yang pendek. 

Konklusinya, jika dilihat secara kasar anda mungkin seronok memandangkan iPhone 5S masih menerima kemaskini iOS 12. Namun, disebalik keseronokan itu terselit satu kesulitan yang bakal anda hadapi kelak. 

SEKADAR PANDANGAN

Sumber video: iApple Bytes

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

One Billion Customer, Can Anyone Catch The Cell Phone King?

Essential Phone Dijual Pada Harga RM919.00