in , , ,

Lima Telefon Pintar Paling Popular Sepanjang Zaman

Jika anda seorang peminat setia telefon pintar sudah tentu anda ingin mengetahui model manakah paling banyak terjual dalam sejarah dunia.

Berikut merupakan lima telefon pintar paling banyak terjual.

iphone-4_S-56a5363f3df78cf77286f4c9

iPhone 4S

TEMPAT KE- 5
Model: iPhone 4S
Keluaran : Apple

iPhone 4S merupakan telefon pintar yang kelima paling popular. Model ini dilancarkan 14 Oktober 2011, iaitu sembilan hari selepas Steve Jobs meninggal dunia.

iPhone 4S merupakan peranti generasi kelima dan dikuasakan dengan cip Apple Apple A5.

Dari segi jualan, iPhone 4S telah menerima tempahan awal sebanyak 4 juta unit untuk tempoh tiga hari sahaja dan jumlah jualan bagi peranti ini dianggarkan sekitar 60 juta unit.

iPhone 4S telah ditamatkan pada akhir 2014 di kebanyakkan negara dan iOS 9.3.5 merupakan sistem operasi terakhir bagi peranti ini.

iPhone 4S juga merupakan peranti terawal yang menyokong sistem SIRI yang merupakan pembantu maya yang terawal diperkenalkan di dunia untuk target pasaran pengguna.

SAMSUNG-_GALAXY-_S3-4

Samsung Galaxy S3

TEMPAT KE- 4
Model: Samsung Galaxy S3
Keluaran : Samsung Electronics

Samsung Galaxy S3 merupakan peranti flagship Samsung dan dilancarkan pada tahun 2012. Berdasarkan rekod telefon pintar ini berjaya menerima tempahan awal sebanyak 9 juta unit dan jumlah keseluruhan jualan Samsung Galaxy S3 dianggarkan sekitar 60-70 juta unit.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 7 Dilaporkan Menyebabkan iPhone Menjadi Perlahan

Samsung S3 menggunakan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich dan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 400 / Samsung Exynos 4 Quad (GT-I9300).

6632img_iphone5_front_back_white1.jpg

iPhone 5

TEMPAT KE- 3
Model: iPhone 5
Keluaran : Apple

iPhone 5 merupakan telefon pintar generasi ke-6 dan merupakan antara telefon pintar paling popular pada ketika itu.

Seperti diketahui umum, rekaan iPhone 5 antara yang terbaik, tidak hairanlah Apple masih mengekalkan rekaan ini pada iPhone 5S dan iPhone SE.

Apple Secara rasmi telah menamatkan pengeluaran iPhone 5 pada September 2013 sebaik sahaja pelancaran iPhone 5S dan iPhone 5C.

iPhone 5 telah berjaya dijual sebanyak 2 juta unit dalam tempoh 24 jam selepas pra tempah. Mengikut rekod iPhone 5 dianggarkan telah terjual sebanyak lebih 70 juta unit.

iPhone 5 hadir dengan sistem operasi iOS 6, dan iOS 10.3.3 merupakan versi terakhir bagi peranti ini. iPhone 5 dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A6 dengan RAM 1GB.

21361759_1_2_PROD_45

Samsung Galaxy S4

TEMPAT KE- 2
Model: Samsung Galaxy S4
Keluaran : Samsung Electronics

Samsung Galaxy S4 merupakan telefon pintar yang dilancarkan oleh Samsung pada April 2013.

Mengikut rekod Samsung Galxy S4 telah berjaya dijual sebanyak 40 juta unit dalam tempoh 6 bulan sahaja dan jumlah jualan bagi peranti ini dianggarkan sekitar 80 juta unit.

Lagi artikel di ifon.my  Revolusi Reka Bentuk Produk Apple

Samsung Galaxy S4 merupakan kesinambungan dari model Samsung Galaxy S3 dan menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean sebangai sistem operasi mereka.

1410293873-i_Phone6-34_FR-_Sp_Gry_i_Phone6plus-34_FL-_Sp_Gry_Homescreen-
iPhone 6 dan iPhone 6 Plus

TEMPAT PERTAMA
Model: iPhone 6 / iPhone 6 Plus
Keluaran : Apple

Jika anda pernah membaca ulasan saya sebelum ini, saya pernah menerbitkan artikel berhubung peranti ini dan rasanya tidak perlulah saya perincikan lagi.

iPhone 6 /Plus merupakan iPhone generasi ke-8 dan merupakan telefon pintar paling popular di dunia.

Berdasarkan rekod, jualan iPhone 6 / Plus terjual sehingga 10 juta unit dalam tempoh seminggu sahaja dan mencapai jumlah jualan sehingga 220 juta unit.

Setakat ini jumlah jualan iPhone 6 / 6 Plus sangat jauh untuk dicapai oleh model lain dan saya boleh mengkonklusikan bahawa iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telefon pintar paling popular sepanjang zaman.

iPhone 6 / Plus merupakan model pertama menggunakan skrin 4.7inci dan 5.5 inci.

Ironinya, jika dilihat pada rekod jualan nampaknya setakat ini Samsung dan Apple sahaja yang mencapai jualan tertinggi berbanding jenama syarikat lain.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Wikipedia

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

 Rekabentuk LG V40ThinQ Tertiris

Sedikit Fakta Berkenaan Apple